BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 31, 2009

KT Tunstall..Suddenly I See

My day was sial today..and then tengok TV, takder siaran best, terpaksalah surf internet, dengar lagu kot, entah macam mana boleh sangkut dengan minah country, KT TUNSTALL, lagu SUDDENLY I SEE, so untuk menenangkan fikiran aku, aku dengar lagu nih walaupun lagu nih agak outdated sikit, oklah..ENJOY!!

Well, her face is a map of the world
Is a map of the world
You can see she's a beautiful girl
She's a beautiful girl

And everything around her
Is a silver pool of light
The people who surround her
Feel the benefit of it
It makes you calm
She holds you captivated in her palm

Suddenly I see (suddenly I see)
This is what I wanna be
Suddenly I see (suddenly I see)
Why the hell it means so much to me

(Suddenly I see)
This is what I wanna be
Suddenly I see (suddenly I see)
Why the hell it means so much to me

And I feel like walkin' the world
Like walkin' the world
And you can hear she's a beautiful girl
She's a beautiful girl

She fills up every corner
Like she's born in black and white
Makes you feel warmer
When you're tryin' to remember
What you heard
She likes to leave you hanging on a wire

Suddenly I see (suddenly I see)
This is what I wanna be
Suddenly I see (suddenly I see)
Why the hell it means so much to me

(Suddenly I see}
This is what I wanna be
Suddenly I see (suddenly I see)
Why the hell it means so much to me

And she's taller than most
And she's lookin' at me
I can see her eyes
Lookin' from a page in a magazine
She makes me feel like I could be a tower
A big strong tower, yeah

She got the power to be
The power to give
The power to see, yeah, yeah

(Suddenly I see)
She got the power to be
The power to give
The power to see, yeah, yeah

(Suddenly I see)
She got the power to be
The power to give
The power to see, yeah, yeah, yeah

(Suddenly I see)
She got the power to be
The power to give
The power to see, yeah, yeah

(Suddenly I see)
She got the power to be
The power to give
The power to see, yeah, yeah

Suddenly I see (suddenly I see)
This is what I wanna be
Suddenly I see (suddenly I see)
Why the hell it means so much to me

(Suddenly I see)
This is what I wanna be
Suddenly I see (suddenly I see)
Why the hell it means so much to me

Oh, ohh, yeah, yeah (suddenly I see)
Suddenly I see (suddenly I see)
Why the hell it means so much to me

Yeah, yeah (suddenly I see)
Suddenly I see (suddenly I see)
Why the hell it means so much to me


Lagu dia best, kalu yang lelaki neh, memang sesuai untuk dedicate kepada girlfriend depa, tapi aku tak ader girlfriend, bukan tak nak atau takder desire..tapi aku tak nak terbeban dengan masalah orang, baik aku pikir masalah aku yang bertimbun-timbun neh
, untuk perempuan jangan misundertood plak, ok, paham-pahamlah yer..ok, pas neh aku akan citer pengalaman aku interview satu bilik ngan una waktu temuduga JPA..ok Assalamualaikum..





Tagged From Najwa Cahaya..

1. Apakah hubungan awak dan dia? (dia tu org yang tagged kite kut)
- kawan satu kelas

2. 5 impressions terhdp dia
- alim
- wanita berkalung sorban
- puteri lindungan kaabah
- tak banyak cakap kowt..
- selalu wat +math


3. Perkara yang paling memorable yang die lakukan kat awak..
- wah, dye selalu menjaga adab-adabnya

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak..
- "Aleiff, jaga jarak tu.."

5. Kalau die kekasih awak.. awak akan..
- Allah Maha Berkuasa

6. Kalau dia jadi musuh awak. awak akan..
- bagi hadiah, btoi x najwa? Macam aku selalu wat dalam kelas dulo2..

7. Kalau die kekasih awak.. dia perlu improve dlm..
- pendidikan keibubapaan

8. Kalau dia jadi musuh awak... mungkin
kerana...
- mulut I yang jahat lagi laser..

9. Overall impression ttg dia..
- wah, alim si0t...

10. The most desirable thing to do to her/him(her)
- weyh, bahaya giler soalan neh..

11. Apakah awak rasa ttg pandangan org terhadap awak?
- concern terhadap orang laen, banyak cakap, kuat kacau orang, mulut laser, kuat mengumpat..

12. The character of you for yourself?
- HAPPY GO LUCKY!!

13. On contrary, the character you hate about you..
- pemalas, tak sistematik..

14. The most ideal person you want to be with?
- Kawan-kawan..I x nak ada girlfriend waktu neh, buek abih boreih ajo..

15. For people who like you.. tell sumthing about them.
- Semoga orang laen menyayangi anda..

16. Ten people you tag:
- 10 kawan bloggers pun tak cukup..

17. No.2 ada hubungan dgn siapa?
- Ntah, x tau la..

18. Is no. 3 female or male..
- Of coz la..apa punya soalan neh..

19. If no.7 and 10 have a relationnship. Is it a good thing?
- Yes, berkawan biar seribu, berkasih biar satu..

20. Mcmmane dgn no.5 dan no.8?
- kawan la apalagi..

21. No.4 single kah?
- rasa macam tak..

22. No. 1 belajar apa?
- dulu belajar perkara science level 2, skang tgh belajar nak jadi doktor..

23. Say sumething about no. 6.
- istiqamah dalam setiap yang dihadapi dan diusahakan..

24. No. 9 klakar tak?
- a bit la..

Monday, March 30, 2009

Takziah..

Dunia berputar siang dan malam..kita tak dapat nak menduga bila dunia ini akan berhenti berputar..Misal, hidup kita di dunia ini pun tidak kita ketahui, bila permulaan, dan bila pengakhiran..namun bila sudah sampai ke penghujung..adakah kita akan menyesali segala kesilapan yang pernah kita lakukan di dunia ini..hati juga akan tersentap bila sesiapa yang ada hubungan jauh mahupun dekat pergi meninggalkan kita..di kala itu adakah kita akan mula mengingati Sang Pencipta bila ada yang sudah pergi meninggalkan kita atau kita semakin menjauh meninggalkan-Nya..dunia pun bukan semuanya indah, langitnya bukan selalunya panas..namun, dalam meninggalkan bingkisan tinta ini, sekalung takziah kepada keluarga Azamir bin Mokhtar, pelajar SERATAS Batch 21, yang meninggal dunia akibat lemas di Besut, Terengganu ketika mengikuti rombongan pelajar UTP untuk membuat kajian..moga rohnya dicucuri ALLAH s.w.t ..perkhabaran yang pertama kali aku dengar dari Raja Muhammad Sauqi ketika makan tengah hari di Greentown Mall dan dalam keadaan santai apatah lagi bertemu dengan senior tahun`84, Dr. Dzulkarimah tidaklah berapa aku percaya..namun tanpa sengaja kami berjumpa Abg. Bong yang sedang mengikuti pengajian di UniKL menyatakan perkhabaran tersebut benar, Masya-ALLAH, muda-muda usianya ALLAH s.w.t ambil juga nyawanya, nyata ALLAH s.w.t lebih menyayanginya.. Al-Fatihah~






Dalam usia sebegitu muda, dia telah pergi meninggalkan kita..Al-Fatihah~

Ya Allah, Ya Tuhanku, Ampunilah hamba-Mu ini, Aku ikhlaskan segala kesalahan yang ia lakukan, berikanlah ketenangan ketika ia berada di alam barzakh dan jauhkan segala azab kubur darinya, aku halalkan segala makan-minumnya, aku ikhlaskan segala kesalahan yang dilakukannya, permudahkanlah dan bantulah ia di akhirat kelak, masukkanlah ia dalam golongan mereka yang beriman dan sedikit itu, berikanlah ia syafaat agar hidupnya tenang di sana...

Amin, Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Cukup sampai di sini..Assalamualaikum











Salahkah..Walhal

Salahkah seorang pemimpin itu mengimami solat jemaah di masjid negeri?
SALAH, kerana dia begitu sombong...kenapa tak bagi Imam masjid negeri buat kerja dia, itu sudah dikira zalim..WALHAL, seorang pemimpin itu lebih layak untuk mengimami jemaahnya kerana di akhirat kelak, perkara pertama yang bakal ditanya kelak oleh ALLAH s.w.t nanti kepada seorang pemimpin ialah tanggungjawab mereka dalam menegakkakn ISLAM di atas muka bumi ini..

Salahkah umat Islam mengerjakan solat hajat demi kebaikan saudara-saudaranya di Palestin?
SALAH, kerana mereka cukup sombong mengerjakan solat hajat, tidak payahlah nak berpura-pura berlaku baik, mengerjakan solat di tanah lapang, stadium.. Justeru, apa yang perlu kita lakukan? Kita tengok konsert, terkinja-kinja sampai pagi...WALHAL, ALLAH s.w.t. hanya mendengar permintaan hamba-hamba-NYA melalui Du'a(Solat), adakah ALLAH s.w.t. mendengar jeritan dan sorakan "BOIKOT ISRAEL DAN AMERIKA SYARIKAT" di stadium tertutup, melalui gegak-gempita konsert yang berlangsung? Adakah ALLAH s.w.t. akan mengabulkan du'a hamba-hamba-NYA yang meninggalkan solat Maghrib dan Isya' semata-mata untuk terlolong di dalam konsert?

Salahkah isteri kepada pemimpin dari negara Islam memakai tudung ataupun menutup kepalanya dengan berjilbab?
SALAH, kerana isteri seorang pemimpin perlu dedahkan rambutnya yang didandan oleh "private hairstylist" dan fesyennya macam sarang tebuan, setiap kali rambutnya didandan mesti kosnya beribu-ribu sehingga RM5K+++, yang dikerah dari kantung rakyat..biar rambut yang didandan itu menampakkan kekuasaan suaminya, walaupun isterinya tiada kuasa apa-apa pun di dalam kerajaan, tiada kelaslah sekiranya rambut yang siap didandan itu ditutup dengan sehelai kain, manusia tidak perlu memandang seseorang melalui rambutnya, ALLAH s.w.t hanya melihat kepada hati seseorang itu, ingat apa? Ingat kami tidak solat 5 waktu sehari semalamkah? Ingat mereka yang bertudung baik sangatkah?..WALHAL, tidakkah mereka terfikir majoriti mereka yang menghuni neraka, bukankah mereka yang terdiri dari kaum WANITA, ingatlah dandanan rambut itu RM5k, bagaimana dengan sehelai tudung biasa? Paling mahal hanyalah RM200, tidakkah semua itu digelar pembaziran? Mengapa? Adakah ALLAH s.w.t menilai isteri seorang pemimpin itu melalui tinggi rendah rambutnya? ALLAH s.w.t hanya akan menilai seseorang itu melalui iman dan takwa hamba-NYA..memang bukan semua yang bertudung itu baik pekertinya, namun mereka sudah terlepas dari suatu dosa..memang isteri seorang pemimpin itu mengerjakan solat tanpa meninggalkan satu waktu, tetapi bukankah solat itu menghalang kita daripada melakukan perbuatan KEJI dan MUNGKAR?

Salahkah seseorang pemimpin itu menggunakan politik yang bersih dalam berkempen?
SALAH, kerana pengikut-pengikut yang menyokong kita perlu diberi sedikit imbuhan, jangan risau duit "KITA" banyak lagi..WALHAL, dunia seakan-akan terbalik, untuk mendapatkan kuasa, wang ringgit diperjudikan, tetapi entah wang ringgit siapa yang dibolak-balikkan? Bukankah itu semua wang RAKYAT? Bukankah itu suatu KEZALIMAN? Politik wang sekarang sudah dianggap suatu kebiasaan, tetapi adakah kita lupa politik seperti ini samalah seperti RASUAH? Tidakkah mereka berasa berdosa?

Salahkah seorang pemimpin Islam menggunakan masjid sebagai tempat memberi ceramah dan berkempen?
SALAH
, kerana masjid itu hanyalah tempat untuk solat sahaja, itu sudah satu taktik kotor berkempen di masjid..WALHAL, cuba anda fikirkan? ISLAM itu adalah suatu agama yang syumul, ISLAM itu suatu gaya kehidupan, tidakkah mereka yang melemparkan tohmahan itu belajar mengenai peranan masjid itu sebenarnya? Bukankah salah satu peranan masjid itu ialah pusat kegiatan sosial, ceramah dan kempen itu bukankah suatu kegiatan bersosial yang sihat, bukannya kita membela MAT dan MINAH REMPIT yang berenang di dalam kolah masjid, berpeleseran di sana-sini..sedangkan golongan ini mengatakan merekalah golongan yang berfikiran luas dan terbuka tanpa ada simpang-siurnya, namun apabila mereka ini menyempitkan peranan masjid sebagai satu premis untuk melakukan ibadah sahaja..tidakkah mereka terfikir yang mereka ini golongan yang sebenarnya TERSEPIT? Secara tidak langsung, mereka ini bolehlah diibaratkan seperti golongan SEKULARIS ISLAM, LIBERALIS ISLAM..mereka inilah yang berusaha untuk memisahkan politik daripada ISLAM dengan sepenuh tenaga, ironik bukan?

Salahkah seorang pemimpin itu dipilih oleh rakyat?
SALAH, kerana seseorang perlu dipilih oleh SULTAN, ironik bukan? WALHAL, mengapakah kita meletakkan dasar pentadbiran kita mengikut raja berpelembagaan dan meletakkan amalan demokrasi dalam pemilihan pemimpin, sebagai penghormatan kepada rakyat untuk memilih pemimpin kesukaan mereka, persoalannya mengapa kes kedaulatan raja-raja diangkat ke peringkat yang begitu kontroversi? Justeru, sekiranya kita mahukan kedaulatan raja-raja ini disanjung mengapa kita tidak kembalikan KEKEBALAN dan IMUNITI kepada raja-raja Melayu? Mengapa sekiranya ada pihak satu lagi memperihalkan raja-raja, maka pihak yang satu lagi berkokok menyatakan pihak yang satu lagi MENDERHAKA! Sedangkan, siapakah yang memulakan isu penderhakaan raja? Bukankah pihak yang satu lagi yang memulakannya..ironis sungguh keadaan sekarang..



Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Peliharalah diri, ibu bapa, guru-guru, para mujahid-mujahidin dan Seluruh Umat Islam di dunia ini dari fitnah dan kejahatan dunia, binasakanlah musuh-musuh agamu-Mu, Mantapkanlah Iman dan Ketakwaan kami, Satu-padukanlah umat-Mu di atas muka bumi ini, Ya Allah, tegakkan syiar Islam di serata dunia ini dan berikanlah kami ketenangan hidup di dunia dan di akhirat, Tempatkanlah kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sedikit, berkatilah Rasulullah s.a.w dan para Nabi yang telah menunaikan tanggungjawab mereka di atas bumi dengan membawa sinar ISLAM yang tidak ternilai, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin...

Coretan Ikhlas dari Aleiff, Assalamualaikum






Sunday, March 29, 2009

Tak bestnyer nak gi Interview...

Malehnya nak pgi interview JPA esok!!! Esok, nak kena bangkit awal, kurang-kurang pukul 6 pagi nak kena bangkit dah...geramnya aku, dahlah aku antara grup yang awal kena interview, surat pengesahan bl0m dapat ag, semua guru besar dgn pengetua daerah Kinta xder plak dkt sk0lah masing-masing, semua ada perjumpaan dkt Silveritage Galleria, pening kepala ak, maleh plak nak pgi sk0la, nenek kebayan 2 takder kat sk0la (katanya!!!), susah plak nak minta tandatangan pengesahan nih, itulah JPA x payah la wat undang-undang merepek neh, ada ke dia kata hanya guru besar/pengetua sahaja!!!!! yang boleh sahkan..buat la ketua kampung/penghulu, pegawai kerajaan kategori A ke, pesuruhjaya sumpah ke, xder la nak membazir masa orang jer..menyampah btoi ak!!!! Geramnya...Sabar je lah, moga2 impian aku untuk jadi seorang doktor tercapailah sudah nanti, boleh aku dapat pangkat DR. ALEIFF!!! Haha, angan2 je la beb..tapi INSYA-ALLAH, aku akan cuba yang terbaik..penat jugak waktu aku pergi Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor, harap jek namanya program, tapi semua H.O, M.O sumer dok wat derrk je kat kt0rang, tercangak-bangak la aku ngan kawan-kawan satu kumpulan kat dalam wad 2, mujur ada jugak specialist,sister yang berhati mulia, tolong wat orientasi kat kt0rang, ok aku akan ceritakan sumer pengalaman aku kat panel interview 2 nanti, senang2 boleh la aku jadi d0ktor, belajar kat negara orang, macam Abang Pali, yer x?? Ok, rakan2 yang nak gi interview esok hingga hari yang terakhir, GOOD LUCK untuk korang sumer ok...

Ok, pas neh, ak akan poskan salam takziah buat keluarga Allahyarham Azamir bin Mokhtar, panjang aku nak tulis lagi, nanti la dul0, ok Assalamualaikum...

Saturday, March 28, 2009

The Journey Begins..

It's kinda weird to write in your own blog.. ok, just to say hello to all of bloggers, after 11 struggling years in the school, this time is the right time to move on..the journey of my own in this world will become more challenging, my dream will be live up..doctor (for god's sake, eventually I prepared more to become a teacher!)..Life is maybe, a long compassionate discovery, past is my history, future is my destiny, who knows?

My SPM's result didn't produce a greater result, huh, being blamed by your school's principal (We called her, nenek kebayan!)..11 A's, 1 C maybe is a failure..

Principal: Tu la awak Aleiff, awak tu memalukan sekolah, saya dah kata jangan ambil Bahasa Perancis, cikgu sekolah kita tak ada yang pakar dalam Bahasa Perancis nie, tengok apa yang dah jadi...
Ustazah Nadiah: Nak buat macam mana puan..Udah REZEKI nak buat macam maner..
Me: Hmm..(Mengeluh dalam hati..)
Principal: Takpelah..apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada awak..
Me: Terima kasih (Dengan muka yang tak
ikhlas..)

It's become a challenge to me after this, I got shorlisted for JPA's medical scholarship and confirmatory for MARA's medical scholarship..huh, it's not a pitfall in SPM, but truthfully said, I'm a bit devastated and frustrated with the result which it should be turned out..These are the results for the entire examination which I took in my 11 years schooling years..


Penilaian Tahap Satu: Lulus (With Flying Colours!!)
Ujian Penilaian Sekolah Rendah: 5A (I'm nominated for Best Student for District Level)
Penilaian Menengah Rendah: 8A (I'm awarded with Best Student for State Level, Brilliant Student for State Level)
SPM: A Major Failure, 10 1A's, 1 2A, 1 5C, 1A for 1119 GCE-O Level
(According to MY PRINCIPAL, it's a devastating result!)

Huh, but I said to all of you, like what I heard to all of the doctors and maybe, some of the professional, all of A's in your SPM, they don't guarantee you a stable life, a stable-guaranteed job..they said, we must have 2 essential noble values and they must be inculcated throughout our lives..


1. HUMBLE
2. GOOD INTERPERSONAL RELATIONSHIP (Don't be too proud with yourself!!!)

T
hese noble values, I shall elaborate in my near future post...

Then, which from my post's title,

The Journey Begins...

Like what I said, this life is my compassionate journey, and I would live up to my expectations..now, I must change my perceptions throughout my life, here, medical life is my top priority..for God's Will, one day, I will be an Paeditrician (My 1st choice in this field!), or an Obstetrician & Gynaecologist (My 2nd choice la), so I will do my best in my interview and looking forward for it..Good Luck for those who manage to get shortlisted for this interview, do well in your interview..BUAT SEBAIK MUNGKIN, JANGAN HAMPAKAN MAK BAPAK KORANG..Whatever the challenges or obstacles you might face, handle them with perseverance, then, for my 1st post, it's just a contentment for me, because it's seem like a coincidence (Yeah, I think So!)..this the first step in my bloggers' world and my first and major step in my medical dream..














Ini mungkin AKU, 17 tahun dari sekarang!!





Well, I think I will wrap up my first post here..meet all of you at near future, Assalamualaikum..