BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 1, 2009

Pengalaman masa Interview JPA 1..

Haha, ini macam continuation blog aku yang lepas..apa hah? Ya, sambungan kepada blog aku yang dulu.. .., "Malasnya nak pergi interview JPA!!!" ok, bayangkan dokumen yang penting dan paling dikehendaki iaitu borang pengesahan pendapatan tak disahkan lagi, tension giler..and then, tada...my savior call, haha, mak cik aku, mak cik Mimi (Emak pada Ahmad Ahnaf Hariz, Pelajar SERATAS Batch 21) dapat menyelamatkan aku, seronoknya!!! Tapi berdebar-debar la jugak..

Mak Cik Mimi: Hello Nah (Emak aku..), apa khabar Aleiff? Dah bersedia ke untuk interview JPA?
Mak: Bersedia, ye la..tapi, borang pengesahan pendapatan tak sah lagi!! Pengetua dan Guru Besar daerah Kinta mana ada dekat sekolah masing-masing..
Mak Cik Mimi: La, kenapa tak datang sekolah Mimi tadi? Ala, takper esok pukul 7.20 pagi, datang sekolah Mi, Mi tolong sahkan, bukannya JPA tu nak tengok satu-satu tandatangan palsu ke tak? Esok, datang SERATA..(Syukurnya aku!!)
Mak: Okla, nanti Nah suruh Din (Bapa aku..) pergi ambil tandatangan Mi..terima kasih Mi..
Tiba-tiba ada satu call..dalam handphone aku, bunyi ringtone the 7th Night of July..

Aleiff: Helo..
Ija: Helo..Aleiff, mak aku nak cakap ngan mak hang kejap..

After beberapa minutes,

Aleiff: Kenapa mak?
Mak: Esok kamu pergi dengan Ija ke MBI esok..Ayah pergi awal sikit ambil tandatangan Mak Cik Mimi..
Aleiff: Ok..

Then, aku tinggalkan kejap post yang aku nak tulis dan siap-siapkan dokumen yang perlu dibawa, macam-macamlah then satu pempanan buat aku waktu tengok borang tawaran interview tu..sijil kewarganegaraan ibu/bapa, what the hell? Oh, baru aku ingat!! Interview JPA nie kan banyak pemohon berbangsa Cina dan India, so, banyak ibu bapa depa bukan warganegara, means, ibu bapa depa nie banyak PENDUDUK TETAP..ok..

Esoknya, aku bangkit awal, ayah aku dah gosok baju aku, ayah aku hantar aku ke rumah Ija dan dia pergi ke SERATA, sahkan borang pendapatan keluarga tu..dan jumpa aku dekat MBI..

Selepas itu, aku dengan Ija terserempak dengan Husna dekat lobi, aku dengan Ija tegur dia..sembang-sembang dan diarahkan terus ke atas ke tingkat 2..sampai di atas, aku jumpa Syahir BONE..Raja, aku tak nampak lagi..tak sampai lagi kot??

Aleiff: Helo, Cok, ko kat maner??
Raja: Aku nak sampai dah..tengokkan nombor aku dulu..
Aleiff: Ok..

Sampai tingkat 2, kitorang diarahkan untuk check bilik panel dan nombor giliran, dan sign sahkan kehadiran kami..kami kena duduk dekat barisan panel..Ija dengan Bone dapat panel no. 2, aku dengan Husna panel no. 4, Cok panel no. 1, dan seorang manusia nie, entah nak cakap manusia ke x? Tak tau la, dia ni dapat panel no. 5..ok nak tau siapa dia? Ok..dia ialah CIK ROS..



Tolong la, hidup dalam realiti sebenar, bukan kami tak suka berkawan dengan hang, tapi hang perlu ada ruang untuk dunia lain..

Kenapa aku cakap macam ni? Ok, waktu sampai dekat MBI, semua orang pun nervous, ye la interviewer semua berpangkat besar..mereka yang akan menentukan kedudukan kita sama ada layak dapat biasiswa atau tidak..then, aku, Ija dan Husna sudah tandatangan dan duduk tempat masing-masing..tiba-tiba kelibat nie datang..

Kelibat: Wei, bola? Meh sini kejap..
Aku & Husna: ??????
Husna: Aku tak cari pasal dengan hang pagi-pagi buta nie taw...Hang tengok dia Aleiff? (Aku duduk sebelah Husna pasal aku satu bilik dengan Husna..)
Aku: (Dalam hati..) Dia nie tak reti bagi salam ke kat orang? Tegur apa macam nie..

Lepas itu, aku dengan Husna langsung tak ambil peduli dekat dia, sama dengan Cok pun tak layan..aku, bagi menghentikan perasaan nervous yang berbuku di hati, ikut Cok dan Wan Z (Budak SEMESTI) pergi tandas dan sempat la berkongsi pelbagai info-info penting..buang air la jugak!!

And then, masa nak menunggu giliran, Bone pergi dulu, ikut keadaan first come, first serve basis, sesi no. 1, panel no. 2, lepas 2, Cok, sesi no. 2, panel no.1, then, Ija, sesi no. 2, panel no. 2, dan kami panel no. 4, masih tidak berganjak, sesi no. 1 dalam bilik panel no. 4 masih tidak keluar dari bilik ye lah, start sesi temuduga pukul 9.00 pagi dan pukul 11.00 pagi, aku dengan Husna tak berganjak lagi..tiba-tiba sesi n0. 2 dipanggil, 5 orang yang kedua dipanggil, lambatnya menunggu, emak Husna banyak kali turun-naik, nak gores kupon sama la dengan mak Ija..then, pukul 11.15 pagi budak sesi n0. 2, panel no. 4 dipanggil masuk ke dalam bilik panel no. 4 (auditorium), aku baru teringat ketika Program Pendedahan Seorang Kerjaya Doktor dulu..Timbalan Ketua Pengarah (Klinikal), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr. Rahimi bin Goon kata..


"Siapa di antara kamu, yang bernasib malang akan berjumpa saya bersama-sama dua pegawai besar JPA ketika sesi temuduga kerana saya adalah ketua panel, dan saya agak pasti bukan mudah nak melepasi sesi temuduga dengan saya..hehe"

Dan aku berdoa, supaya janganlah dapat ketua panel, then,

"5 orang, panel no. 4, bersedia.., sila serahkan salinan dokumen yang berkenaan kepada pegawai urusetia dan anda akan diberi tag ini..terima kasih" ..

Lepas dapat tag, aku dapat no. 4, Husna no. 5, so, aku dengan Husna akan duduk sebelah-menyebelah dalam auditorium itu nanti..dalam masa nak menunggu sesi no. 2 habis, aku sempat berkenalan dengan 3 orang yang lain dalam sesi aku, semuanya berbangsa cina dan mereka sangat friendly, seorang lelaki dan dua orang perempuan, seorang dari Taiping (bersekolah dekat Hua Lian, Ambil jurusan farmasi), seorang dari Teluk Intan (Ambil jurusan pergigian), seorang lagi dari Ipoh (Ambil jurusan perubatan)..

Macam-macam aku dan Husna sembang dengan depa, baik dan agak fasih berbahasa Melayu pasar..macam-macam la kami sembang, berapa A SPM? Ambil subjek apa? Pergi RIMUP ke x? Pernah pergi Interview ke? Nak Fly pergi mana? Sertai aktiviti apa kat sekolah? Macam-macam lagi la yang kami bincangkan...

Next, pukul 12.15 tengah hari, barulah pemohon-pemohon sesi no. 2, bilik no. 4, keluar dari auditorium, buka pintu muka dah ibarat mayat, ye la, sejuk tambah gementar mana taknya..haha, kami tanya la, senang tak, senang la jugak, kata depa..lepas tu, pegawai urusetia, buka pintu auditorium (bilik panel no. 4), dan kata, "Semua dah sedia? Dokumen sudah tinggalkan dekat kaunter, dan tak perlu bawa sebarang alat tulis atau buku..(Abih kenapa dalam borang interview suruh bawa alat tulis?)..silakan masuk..bawa barang berharga sekali takut berlaku sebarang kecurian, ok?"

Dalam keadaan aku berdoa dan melangkah dengan kaki kanan, (Ikut pesanan orang tua!!!), aku bersama-sama 4 orang lagi masuk dalam auditorium dan dalam keadaan mulut aku mengharapkan janganlah ketua panel yang menemuduga aku..dan tanpa disangka..


"OH MY GOD!!!"

Baiklah, sampai sini dulu, Assalamualaikum..
















































3 comments:

hanya aida said...

ceh~buat suspen siot. cte aa ckit. abeh pe jd? pass ke x?

Seema_Suraya said...

best2 cite ko nie..
ko nak p ngare mane ey/??
anyway..good luck k..

aleiff al-koyop.blogspot.com said...

owh, aku nak gi Ieland, wat medik kat RCS(Royal College of Surgeon), atau amik Biology kat Imperial College..