BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 11, 2009

Sangat Happy..

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin kembali ditabalkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah, huhu..seronoknya aku, dan langkah yang paling baik dilakukan oleh Datuk Seri bagi memastikan semangat politik budiman ialah dengan dengan memohon perkenan Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak Darul Ridzuan sekaligus menghargai entiti sebenar iaitu rakyat yang berkuasa dalam kelompok DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN, Syukur..Moga-moga Perak Darul Ridzuan tidak akan berkecamuk lagi...




Aku kagum dan tertarik dengan perwatakan Datuk Seri ketika beliau menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang sekolah aku yang ketika itu dirasmikan oleh Paduka Sultan, Datuk Seri seorang yang amat bijak, very PROFESSIONAL-looking, dan amat jernih perawakannya..Alhamdulillah, Perak Darul Ridzuan kembali ke tangan pembangkang, dan lepas aku tengok Blog Malaysiakini, yang seorang individu yang bertanggungjawab atas kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tempoh hari, menggesa rakyat agar bertenang dan tidak terlalu gembira, helo..rakyat tak mahukan anda lagi..kenapa? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong ker?????????

Assalamualaikum...

1 comments:

Seema_Suraya said...

sekarang dah tukar balik Mb kite..
adoi suke2 je deme..
pening r aku pe jadi kat perak dah ni..
dari johor aku doakan agar semuanya kembali aman.perak..perak..