BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 8, 2009

Sudah dapat tawaran biasiswa JPA...

Huhu..inilah luahan gembira selepas rasa kecewa...YES, akhirnya aku sudah dapat tawaran biasiswa persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan...huhu, bangganya aku..Yang seronoknya kawan baik aku dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Syeikh Shahabuddin (SOKSEK), Bob, pun berjaya dapat tawaran biasiswa luar negara, seronoknya..huhu sudah ada geng...aku sudah tidak sabar nak masuk kolej untuk buat persediaan, dan akhirnya jadi doktor, lepas tu strive untuk jadi paeditrician.....

KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) 2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Nombor MyKad 91030408****
Nama Penuh MUHAMAD ALEIFF BIN TAJUDDIN
Kursus PERUBATAN
Negara TIADA
Status BERJAYA
Jawapan TERIMA

Sukacita dimaklumkan bahawa saudari / saudari telah berjaya dipilih dan ditawarkan Biasiswa Persekutuan di bawah Program Ijazah Luar Negara 2009

Surat tawaran rasmi akan dihantar kepada saudara / saudari melalui pos setelah jabatan ini menerima pengesahan penerimaan tawaran daripada saudara / saudari.

Sila klik butang 'Terima Tawaran' sekiranya saudara / saudari menerima tawaran atau klik pada butang 'Tolak Tawaran' sekiranya saudara / saudari menolak tawaran. Sila sahkan penerimaan / penolakan sebelum 11 Mei 2009.


Akhirnya, aku akan jadi doktor..huhu..tak sabar rasanya...pada kwan-kawan yang tak dapat biasiswa JPA, jangan takut, korang boleh buat rayuan...yang dapat biasiswa dalam negara pun syabas diucapkan, marilah kita jadikan Malaysia, negara yang penuh dengan golongan profesional...sampai sini saja, daaa~

Assalamualaikum.....

0 comments: