BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 9, 2009

Sangat Susah Kalau Suka Tukar Dasar..

Bukan apa...Susah sangat nak luahkan pandangan tetapi memikirkan keadaan saya yang amat menitikberatkan dunia pendidikan, saya juga perlu bersuara, dari hari ke hari makin banyak dasar baru tercetus, seperti pandangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang mahukan Bahasa Inggeris dijadikan satu subjek WAJIB LULUS bagi melayakkan seseorang calon untuk mendapat sijil penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..Pada hemat saya, tindakan Kerajaan Persekutuan yakni Kerajaan Bini Najib (BN) (Maaf, saya sangat anti-Kerajaan dan sudah bersedia untuk berjuang agar kerajaan memansuhkan AUKU 1974)..bolehlah dianggap munasabah atas kehendak pasaran terhadap kepentingan Bahasa Inggeris itu sendiri, namun apa yang menyakitkan hati ialah keengganan pihak kementerian yang masih gagal mengemukakan ultimatum yang begitu didesak orang ramai iaitu menghapuskan PPSMI ataupun digelar ETeMS yang begitu menyakitkan hati masyarakat, kerana sistem pendidikan ini telah menguburkan dan mencemarkan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia..Dan yang begitu menyedihkan PPSMI dilihat sebagai suatu "peralatan" yang gagal dalam mencapai matlamatnya untuk menabur minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris sekaligus menghapuskan minat pelajar untuk mendalami subjek Sains dan Matematik..hal ini dapat dibuktikan ketika saya masih di bangku sekolah, di mana ramai pelajar yang menuntut di sana masih terkial-kial nak mempelajari Bahasa Inggeris apatah lagi subjek Sains dan Matematik tambahan pula ketika di peringkat menengah atas, 60% daripada 10 mahupun 11 subjek yang diambil oleh pelajar aliran Sains tidak kira Sains Tulen mahupun Sains Teknikal (Terkecuali Sains Sosial yerk..huhuhu) terpaksa bergelumang dengan Bahasa Inggeris..Bukan mahu menidakkan keupayaan Bahasa Inggeris dalam memenuhi kehendak pasaran, namun dalam mendaulatkan Bahasa Melayu, jangan terlalu memandang tinggi kepada Bahasa Inggeris, cuba kita lihat rakyat Korea, Jepun, Perancis, dan Jerman, mereka masih banggakan keupayaan bahasa ibunda mereka, dan bagaimana kedudukan mereka pada hari ini? Mereka berada di atas kita...Cuba kita bayangkan!!!

Mari kita baca artikel daripada Mingguan Malaysia,


'Kerajaan jangan terburu-buru'

KUALA LUMPUR 10 Jun - Kalangan tokoh pendidik meminta kerajaan agar tidak bersikap terburu- buru dalam menentukan dasar pendidikan di samping menyelesaikan sesuatu isu secara satu per satu.

Rata-rata mereka berpendapat, cadangan mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris (BI) perlu diperhalusi secara teliti selain dinilai dari pelbagai sudut.

Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, penilaian untuk merealisasikan cadangan itu tidak hanya perlu dilihat dari sudut pelajar malah aspek perguruan.

"Taburan guru BI perlu dipastikan seimbang. Guru-guru yang mengajar terutama di luar bandar tidak boleh diambil sekadar tangkap muat tetapi mereka seharusnya fasih dan menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya.

"Mengajar di bandar dan di luar bandar tidak sama. Di luar bandar, lebih banyak guru pemulihan diperlukan dan itu menuntut cara serta kebolehan mengajar yang tinggi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta pandangan pelbagai pihak mengenai cadangan mewajibkan calon lulus mata BI sebagai syarat lulus SPM.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut meminta pandangan orang ramai berhubung pembelajaran Bahasa Inggeris yang tidak melibatkan tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.

Mengenai kebaikan cadangan itu jika dilaksanakan, Abdul Rahman mengakui ia adalah lebih baik berbanding PPSMI.

Tambahnya, jika direalisasikan, ia memberi peluang yang sama rata kepada semua pelajar dari mana-mana aliran untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Inggeris .

"Tidaklah seperti sekarang, pelajar aliran sains mendapat peluang lebih untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Inggeris berbanding pelajar aliran sastera," jelasnya.

Seorang lagi tokoh pendidik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim menegaskan, cadangan itu hanya boleh dilaksanakan jika kerajaan menarik semula dasar PPSMI.

Menurutnya, sekiranya cadangan itu dilaksanakan tanpa memansuhkan PPSMI, para pelajar seakan didera dua kali dalam menuntut ilmu.

"Sekiranya cadangan itu mahu dilaksanakan, pastikan PPSMI ditarik semula. Jika tidak, ia akan menjadi sangat tidak adil kepada pelajar miskin di luar bandar dan ia seakan satu bentuk penderaan kepada mereka," katanya.

Sementara itu, pakar budaya yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Abdullah Hassan tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Katanya, cadangan itu jika dilaksanakan bakal menafikan hak para pelajar yang lemah dalam BI terutama di luar bandar untuk menuntut ilmu ke tahap tertinggi.

"Buat masa ini, mereka yang lemah dalam BI berpeluang ke universiti dan di sana mereka mempunyai ruang yang lebih besar untuk memperbaiki penguasaan bahasa itu.

"Tetapi jika cadangan ini dilaksanakan, hasrat mereka ke universiti akan terbantut. Ia boleh dianggap sebagai sebahagian penafian hak mereka mendapatkan pengajian di peringkat tertinggi," jelasnya.


Jadi apa tunggu lagi, ayuh Rakyat Malaysia!!! Cast Your Vote...

0 comments: