BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 25, 2010

Jalan-jalan Penuh Berliku

Kadang-kadang manusia selalu bercerita yang perjalanan hidup ini bukan sentiasa senang dan untuk menjadi seseorang yang kita idam-idamkan suatu hari nanti bukanlah mudah, justeru, sudah menjadi lumrah kepada kita untuk melalui jalan-jalan penuh berliku yang sentiasa terbentang di depan mata, dan kenyataan yang kita kutip sepanjang perjalanan yang penuh ranjau onak dan duri bakal menjadi pengajaran yang baik bagi menempuh hari-hari yang mendatang...Dalam sepanjang melalui liku-liku kehidupan kini, aku mula belajar untuk mengenali diri dan mengenali rakan-rakan yang pernah datang dan pergi...ya, rakan-rakan yang pernah mengisi kekusutan dan kegembiraan hidup aku...Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku tatkala di kala susah dan senang!!

Lantaran itu, aku memulakan proses menilai diri sendiri, adakah setiap kekusutan yang hadir adalah kerana aku mula melampaui batas, Terima Kasih Tuhan kerana sentiasa menyayangi diri ini, hanya petunjuk dari-Mu adalah satu-satunya pengukuh semangat aku untuk berjalan menempuhi ranjau-ranjau penuh berliku...Kekuatan diri aku juga kadangkala rapuh untuk aku terus gagah berdiri, walaupun dalam pada masa yang sama aku berpura-pura untuk kelihatan kuat, hinggakan aku tertanya, ke mana semua orang hadir yang pernah datang menjengah jendela kehidupan yang pernah aku telusuri...Dan aku telah ketemu suatu kesimpulan yang aku sekian lama aku cari,

"Tidak perlu untuk aku mengasihi mereka yang berkelakuan ibarat anjing yang menunggu masa untuk dilepaskan sedangkan aku terkapai-kapai untuk terus bernafas, kebaikan yang diberi bukanlah bermakna untuk engkau dikasihi tetapi engkau akan lebih dijauhi..."

Bukan aku mahu membalas dendam, namun ia akan terus kekal menjadi azimat untuk aku bangkit untuk tidak lagi menoleh ke belakang lagi diikuti dengan suatu janji yakni harga diri dan integriti yang aku sandarkan kepada kalian tidak akan aku letakkan kembali kepada harga sebagaimana yang lampau, di mana telah aku korbankan segalanya kepada kalian namun segala pembalasan yang kalian berikan telah aku hargai sampai aku mati...namun untuk aku fikirkan kehendak kalian, telah aku campakkan kesemuanya ke dalam laut yang paling dalam, yang aku kira tidak mampu dan tidak sudi aku penuhi! Hanya ungkapan inilah yang akan sentiasa menemani aku selepas ini, bukan hajat untuk mementingkan diri sendiri, tetapi cukuplah segala keburukan yang kalian campakkan kepada aku, yang aku akan 'hargai' dan ingati sampai bila-bila kerana segalanya pasti akan dibalas nanti!

Terima Kasih sekali lagi buat kalian kerana kalian telah mengajar aku suatu lagi erti kehidupan dan segalanya yang dikutip dalam setiap onak dan duri perjalanan ini akan sentiasa dibawa sehingga aku menemui cahaya yang bersinar di hujung jalan...


Aku hanya akan berhenti mengutip segala pengalaman dalam perjalanan yang penuh berliku ini sekiranya aku telah menemui cahaya yang muncul di hujung perjalanan..

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakanku yang bakal memulakan kembara baru di negeri orang, dan aku pohon seribu kemaafan di atas keterlanjuran yang telah aku sebabkan kepada kalian, sesungguhnya hati yang sentiasa keliru ini hanya menambah segala keceriaan dan melukis sedikit warna dalam diari hidup kalian...

Nazhif Nordin




Tabahlah kalian di bumi orang nanti....Semoga kita ketemu lagi....=), Amin

Wassalam.....

Sunday, September 6, 2009

MY WORLD ACCORDING TO ME...

Let's get this straight, procrastinating is the thief of time but for me, procratinate is the way of life...hahahahaha...salah tu, so many assignment nak buat, tapi masih menghadap facebook, sedihnya!!! Kuikui, so sapa2 knal Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Seri Ahmad Mohamed Ibrahim neh..tolong mesej aku yerk!!!! Hahaha..Got To Go!!!! Bye, Bye!!!

Wednesday, August 12, 2009

Try to be REASONABLE,Yeah!!!

Haha, it's quite fun to write in this blog again, it's very take time to write because I'm away, doing lot of assignments, Biology, Chemistry, Pure Mathematics, Statistics, Islamic Studies, and Germany...Yeah!! Germany....Time to take new language, then continue to speak French, Ich liebe dich, guten morgen, guten tag, and etc. Not so different to French, and it will have Konjugation same as Conjugaison in French, and much likely, not give much problem to me..Just to say..some of our friends, may not have remembered us anymore, but, just remember, it will touch us when we try to take a new remembrance, got to go after this...

So busy with my studies, clubs and sports, then my ko-PLN..a paperwork must be finished...so time to say goodbye, and of course study, study, study, ALEIFF!!!!!!!!!!!! Bye-bye, SERATAS! Time to move on....

Assalamualaikum...

Friday, July 24, 2009

INTEC tutup....

INTEC kena tutup....
So, after this, we will get many replacement classes,
Ko-PLN pun mula minggu depan,
SIBUKNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, July 11, 2009

Away and BUSY!!!!!!

It's being busy for a while in INTEC now, so, it's going make me away from the whole scene of blogging, yeap, quite a time to adapt the condition in INTEC, ALM students are so damn hardworking but I'm so flinching to stay busy, why???? Because I've got to adapt first, so, I've got to be away from any personal IT particulars to get focus, oh by the way, my facebook is MUHAMAD ALEIFF BIN TAJUDDIN not MUHAMAD ALIEFF BIN TAJUDDIN, right!!! (To those who want to add me on their wall...)

Before that, I would like to say RIP to Michael Jackson and Natrah (Those who are not remember her, please refer to TRAGEDI NATRAH)...oklah sampai situ sahaja....Assalamualaikum...

Tuesday, July 7, 2009

I'm Goin' Away...CONGRATULATIONS to SERATASians....

Not that I'm gonna flying after this, maybe I gonna stay in Malaysia for about 4 and half years more to obtain my medicine degree huhuhu...I bound for International Medical University and I'm going to crack my heads on Pure Mathematics and Statistics, Biology and Chemistry, and absolutely no PHYSICS!!!!!!! Yuhu...........By the way, I do my preparatory course in International Education Centre (INTEC), Seksyen 17 (But damn, living far away in Kolej Cendana tempat jin bertendang yang takder paper dekat Seksyen 6, yang ada hanyalah???? Dawood!!!!! Seven Eleven!!!!!! Petronas!!!!! Pasar Basah!!!!! Balai Polis!!!!!!! Mahal giler makan kat sini tambah-tambah kat Dawood yang tak sedap tapi nasi campur dengan lauk ayam sepinggan RM6.00, cekik darah, sial!!!! Nasib baik ada tempat makan yang murah tapi agak jauh, but now we have an Indonesian kiosk here yang reasonable dan air laici dia sedap!!!! Huhu, compliment agar dapat air free!!!!)

Ok, lupa nak cerita I ambil course A-level Medicine bersama Kashwiniy Naidu A/P Sathupathy Naidu tapi dia ke India, huhuhuhu........Ada kawan baik dari SOKSEK yang sama-sama menyesal pasal tak pergi buat A-level United Kingdom di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, Inche' Izzat Azmeer Ahmad a.k.a Bob a.k.a Debater SOKSEK, selain itu, ada Inche' Abang (Hilmi Syazwan) yang buat A-level Germany, then, ada lagi makhluk yang selalu aku buli iaitu Inche' Mohamad Husaini bin Mohamad Suhaimi yang buat AUSMAT selain itu baru aku perasan, ada juga makhluk Tuhan dari SERATAS yang tak benarkan aku panggil nama glamor dia, D**L, ataupun Inche' Dahlan Abdullah Sani yang mengikuti Program Dasar Pandang Ke Timur ataupun Kejuruteraan Teknikal Jepun (KTJ) dan masuk lebih awal dari kami, jadi dia bajet senior lah....Good Luck yang dapat tajaan dari mana-mana agensi dan mengikuti program persediaan seperti di Kolej Teknologi Timur, Kolej Universiti Taylor, Kolej INTI, UniKL, Unisel dan Nottingham University (Sorry kalau aku tak sebut nama kolej korang!!!!! Huhuhu...)....

So, kepada rakan-rakan yang lain dari SERATAS, aku ucapkan selamat berjaya dalam kehidupan masing-masing dan semoga berjumpa lagi..Terima Kasih kerana sudi hadir dalam hidup aku, then, untuk pengetahuan korang, SERATAS bakal digugurkan dari senarai Sekolah Cemerlang Malaysia kerana Bahagian HEM, Kementerian Pelajaran Malaysia menangkap sebilangan pasangan di sekolah yang berdating dan bercumbu-cumbuan dan berasmara dana sampai ke "tahap nak beromen" di tangga dekat kelas 4 Utarid, tahniah kita ucapkan bersama-sama.....Semoga korang boleh keep up the good work...huhuhuhu.....

Kepada Puan Rahimah binti Mohd Sura, PJK, PPT, Pengetua Cemerlang JUSA C yang bakal kembali dari United Kingdom sedari menghadiri kursus Sekolah Kluster Kecemerlangan, tabahkanlah hati Puan dan diharapkan tidak mendapat penyakit sakit jantung akibat tingkah laku pelajar SERATAS yang makin jahanam dari hari ke hari, kepada guru-guru, lakukanlah apa-apa yang patut dan tinggalkanlah kelakuan pelajar yang semakin melampau dan tak ingin langsung berubah, kalau boleh periksa semua pelajar yang balik dari hospital atas alasan sakit sedangkan mereka beli rokok di luar.....Yang muka baik pun selalu bersekongkol sama, sedangkan calon ketua pelajar pun merokok inikan pulak budak-budak bawahan tambahan pula, pelajar-pelajar tingkatan 2 yang menjadikan kelas sebagai tempat mereka menghalau nyamuk...ye tak?????? No offense sebagai bekas pelajar yang sayangkan alma mater tapi kepada mereka yang berkuasa tetapi tidak bertindak, abaikan teguran yang diberikan, siapa yang nak dengar teguran daripada budak muda berusia 18 tahun yang masih menuntut dalam peringkat persediaan dalam bidang perubatan?????

Don't discriminate the good students which don't have good facial appearance a.k.a THE BEAST, and don't think the students which have good persona in their face especially the pretty and the handsome one a.k.a THE BEAUTY have complementary attitude because they're always tend to hassle and jeopardise the school's rules...oklah, sampai di situ sahaja.......I'm goin' away because of my tight schedule in INTEC and so do, good luck....

Assalamualaikum......



Inilah mercu tanda INTEC, UiTM, Seksyen 17, Shah Alam...hahaha....UiTM di hatiku........

UITM, USAHA TAKWA MULIA

Saturday, June 20, 2009

Keputusan Festival Wind Orchestra....

Huhu..Rupanya hari ini merupakan finale bagi Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, aku tak pergi ke PICC tahun ini mengikuti rombongan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah yang bersemangat masuk ke Dewan Plenari, PICC tanpa tiket masuk (maknanya masuk secara haram la neh.....)

Inilah PICC pada waktu malam, ok, enough said, inilah keputusannnya:

1. Kolej Tunku Kurshiah with Disney Festival (Disney Medley 3)
2. Sekolah Dato' Abdul Razak with Bulgarian Dance
3. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim with Danse Diabolique
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar with Virginia
5. Sekolah Seri Puteri with Illumination
6. Sekolah Sultan Alam Shah with Cape Town of Cappodocia
7. Sekolah Tuanku Abdul Rahman with Pirates' of Carribean
8. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Ave Maria Convent with (Not so sure for the song...)

Konduktor Terbaik...
1. Kolej Tunku Kurshiah

Ini sahaja keputusannya, kita akan lihat pula keputusan Piala Perdana Menteri (PPM) nanti...

Assalamualaikum.....