BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 8, 2009

The books which I ADORE..




Korang pernah nampak buku-buku ini? Sesiapa, terutamanya penggemar novel-novel english dan fantasi, mereka takkan lepaskan peluang untuk beli buku-buku nie, yer tak? Haha, aku beli nie dengan gaji pertama aku yang sebanyak RM 300++ tu jerk..dalam masa tak sampai 40 minit aku sudah berjaya habiskan duit aku sebanyak lebih kurang RM170++ (yea..Aleiff, ko memang kaki boros!! Kuikuikui..), memanglah mahal! Nak tau harga dia??? Harga Twilight ialah RM39.99, harga New Moon ialah RM49.99, harga Eclipse ialah RM57.99, dan harga buku siri yang terakhir iaitu Breaking Dawn ialah RM69.99..waktu aku beli buku-buku nie, seorang cashier berbangsa India pandang slack kat aku..

" Kenapa? Orang Melayu macam aku neh tak layak ker nak beli buku-buku English neh? Kot-kot English korang pun tunggang-langgang jugak (Ini hanya percakapan aku di dalam hati la..Giler kalu aku nak cakap depan-depan cashier tuh).."
Jadi, kenapa aku giler-giler jadi fanatik neh, firstly, citer sangat cantik dan betul-betul realistik, macam setting dia betul-betul wujud macam Forks, Phoenix, Olympia Peninsula sumer tempat nih wujud di atas muka bumi neh, bukan macam certain novel B. Melayu entah nama tempat maner jadi background citer-citer tuh...secondly, citer-citer sangat impossible, mana ada dalam dunia nih, manusia bercinta dengan vampire? Saper nak kojol buat la..haha, but two thumbs up for STEPHENIE MEYER..sesiapa pun tak boleh lupa buku-buku yang indah nie, walaupun buku-buku nie dapat agak banyak review negatif tetapi semangat aku sebagai kipas-susah-mati cerita-cerita fantasi menyebabkan aku akan look forward untuk tengok filem NEW MOON yang akan ditayangkan pada bulan November nanti..seronoknya teman..haha, kalau ikutkan aku sebenarnya, aku tak berapa gemar sangat Twilight neh..sebenarnya, aku nak tengok movie lain, tapi aku telah berjaya dipujuk oleh mamat Poji, Alol, Wunan dan si kerdil, Ajib, thank you brothers..kenapa aku tak suka sangat, memang citer ni takder A-list Actor from Hollywood, korang kenal tak Robert Pattinson (Kalu fanatik Harry Potter tau la kot, pasal dia neh jadi Cedric Diggory sebelum nih)..kenal tak dengan Kristen Stewart (Sapa yang tengok Zathura mesti kenal kan..)..jadi waktu tu, kat panggung wayang Jusco aku jadi kecewa sangat-sangat, tak suka..tapi waktu siaran dia..BOOM, aku sangat suka tengok filem neh sampai aku keluar masuk wayang 4 kali tengok citer neh dan berpuluh-puluh kali tengok DVD citer neh, semua perasaan ada..gembira, sedih, tension, sumer melekat, Twilight arahan Catherine Hardwicke sangat mengujakan..tak sabar rasanya nak masuk wayang tengok New Moon plak..ok, penat aku menaip, korang nak tengok watak-watak dalam filem nih tak?


Kristen Stewart as Bella Swan (Twilight, New Moon & Eclipse), Bella Cullen (Breaking Dawn)

Robert Pattinson as Edward Cullen (a.k.a Abang Vampire Protagonis)

Taylor Lautner as Jacob Black (a.k.a Abang Werewolf Baik)

Peter Facinelli as Dr. Carlisle Cullen (a.k.a. Bapa Vampire Baik)


Elizabeth Reaser as Esme Cullen (a.k.a. Emak Vampire Baik)


Kellan Lutz as Emmett Cullen (a.k.a Abang Vampire Lucu)

Nikki Reed as Rosalie Hale (a.k.a Kakak Vampire Cemburu)

Jackson Rathbone as Jasper Hale (a.k.a Abang Vampire Pendiam)
Ashley Greene as Alice Cullen (a.k.a Kakak Vampire Comel)

Tapi korang nak tau, kegilaan aku pada siri Twilight Saga tidak akan berakhir di sini, selaku pemegang kad MPH (huhu..berlagak sungguh aku nih!!!), aku akan pastikan buku diari untuk Twilight movie tidak aku lepaskan untuk membelinya, yes...itulah azam aku!! Nak tengok bukunya, judulnya ialah Twilight: Director's Notebook daripada Catherine Hardwick..ini cover depan dia..


Ok, jangan risau!! Aku akan beli buku nih..aku kipas-susah-mati buku-buku nih..jadi aku akan jadi mereka yang pertama membelinya di Malaysia (Memandangkan buku nih tak sampai lagi di Malaysia dan hanya akan sampai waktu Hari Buku Sedunia!!)..Oklah, nanti aku sambung balik pengalaman interview bersama BPG nanti..sampai sini dulu!! Assalamualaikum..

Monday, April 6, 2009

Experience With BPG..

So bullshit.. bayangkan aku bangkit pagi hari sabtu, pukul 9.00 pagi dan bukak laman web Kementerian Pelajaran Malaysia..

"Tak da apa-apa pun..depa nie nak orang amik biasiswa PPC ke tak neh??"

And then, mata aku tertancap pada satu iklan,

Semakan bagi biasiswa BPG bagi Program Pelajar Cemerlang..(Dibuka)


Ya Allah dah bukak rupanya!! Geramnya aku, semalam aku tengok tak keluar, tup-tup keluar pulak hari neh, dalam hati aku, aku dah berdoa, mintak-mintakla bukan first day, dan tadaa..sila masukkan nombor kad pengenalan anda..masuk-masuk 910304..., korang tau apa yang keluar???

TAHNIAH! ANDA BERJAYA DISENARAI PENDEK DALAM TEMUDUGA BIASISWA PELAJAR CEMERLANG (PPC)..

Korang nak tau biler aku akan interview neh?? Hari Isnin 06.04.2009, hari pertama lagi!! Bencinya aku, tak abih-abih hari pertama, sijil-sijil tak disahkan lagi, nasib baik la, dokumen-dokumen dalam Clear Folder waktu temuduga JPA tak dikeluarkan, so senang sikit kejer aku..jadi malam tu, aku ngan mak bapak aku pegi umah my savior, Mak Cik Mimi nak sahkan sijil-sijil aku berserta mengisi borang medical MARA la..maknanya sambil menyelam minum air la gamaknya..jadi kelam-kelibut la jugak memandangkan pagi tu ayah aku pun takder kat rumah, aku terpaksa keluar sorang-sorang pergi cybercafe, cetak surat panggilan, borang maklumat diri dan borang pernyatan hasrat (Macam berhasrat aku nih nak mati jek..kuikuikui), then, macam-macam kena buat, ayah aku yang agak terkejut memandangkan aku beria-ia nak pergi sedangkan aku dah pergi temuduga doktor untuk JPA, kata beliau, kenapa nak jadi cikgu? Aku cakap ni back-up plan jerk, memandangkan program nih untuk belajar di luar negara, beliau paham dan mak aku pown paham..

Esoknya, jadi suatu masalah rupanya, ayah aku ajak sepupu beliau untuk ikut kami ke Penang memandangkan anaknya duduk kat Markas Tentera Sungai Ara, kalau ikutkan ayah aku, beliau nak tidur hotel aje, tapi memandangkan udah lambat, yela, hari Ahad, esoknya dah ada interview, maka terpaksalah tidur rumah orang, tapi ralat rasanya nak menyusahkan orang lain..ok, pada pukul 10.00 pagi, sepupu ayah aku c0l..

"Hello Din, Pi tak boleh ikut Din, Pi kena siapkan kerja Pi, urgent case nih (Untuk pengetahuan korang, sepupu ayah aku nih, kontraktor..), Pi dah bagitau Hanif (Menantu beliau..) suruh ambil Din dengan Alip kat Sungai Nibong, nanti Pi hantar kamu dengan Alip ke Medan Gopeng nanti.."
Uiks, kami pun kena bergerak cepat dan pantas, yela, dah jadi semacam pulaklah, kena beli tiket bas la gamaknya..jadi apa lagi..PRENG!! PRENG!! Ayah aku bawak motor ngan aku pergi Terminal bas Medan Gopeng pergi beli tiket, Sri Maju Sarata Ekspres dan jadi masalahnya..

"Encik, tiket bas pukul 4.00 petang dah abih, kalau nak pukul 7.30 malam ada lah.."

Oit, tak boleh..tak boleh, payah tu, jadi aku dengan ayah aku melilau cari tiket bas paling lambat pukul 4.00 petang, jadi..

"Bang, bang, tiket ke Pulau Pinang pukul 3.45 petang ada nih..boleh (Ini ejen tiket kaunter Kurnia Bistari Ekspres..Tak tau malu ker, terjerit-jerit!!)"
Jadi, kami ambik tiket, beli barang untuk kegunaan kantin mak aku, dan balik ke rumah untuk bersiap-siap, dan macam biasa pukul 3.00 petang aku siap ngan semua dokumen perlu dibawa..aku sampai kat Medan pukul 3.30 petang dan terus naik bas ke Penang..

Oklah sampai sini dulu yekk..Assalamualaikum..

Saturday, April 4, 2009

I'm off to Penang..

Assalamualaikum, aku rasa buat beberapa hari, aku mungkin takder, pasal aku ke Penang, nak gi interview untuk Bahagian Pendidikan Guru (BPG), kena gi jauh pulak, dekat Bukit Chombee, aku pernah pegi rasanya waktu form 3 kowt, bersama-sama rombongan Pengawas PS..mungkin aku tak akan update-kan blog aku..kalu sempat aku update blog aku kat sana yek..Bye..



Oklah, aku nak bersiap dulu, Assalamualaikum..

Pengalaman masa Interview JPA 3..

Ini mungkin yang terakhir bagi siri interview bersama JPA, haha..macam citer nih hot sangat jek..takdalah, biasak ja..ok, kiter sambung apa yang aku nak ceritakan, keadaan dalam Auditorium sangat sejuk tapi lepas sesi memperkenalkan diri, bahang di dalamnyer saja nak udah macam HELL, meng-HIPERBOLA-kan keadaan, yelah..esok aku nak bertolak ke Penang utk sesi interview bersama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pulak, aku sebelum nak tulis post nih, aku ke rumah mak cik aku kat Tambun untuk mintak sahkan dokumen-dokumen yang perlu aku bawak pada esok hari..yelah, interview pukul 8.00 pagi tapi mesti ada dekat Institut Perguruan Kampus Pulau Pinang, Bukit Chombee pada 7.30 pagi, pelik btoi aku!!! Cukup kuat pengaruh Mami Jarum di Pulau Pinang nih yerk...


Mami Jarum: Chombee, helo, Chombee..
Entah Siapa di Telefon: @$#$@#%#..
Mami Jarum: Apa..pi market? Amboi awainya pi..takpa!!





Enough la wei..ok, at serious note, aku cakap pengalaman interview kali ke-3 (selepas MARA dan MMU) amat menyeronokkan, walaupun korang akan di-challenge oleh panel korang secara analitikal dan emosional, korang kena handle dengan sebaik-baiknya..macam aku, aku tak kata aku pro, tapi aku hanya bersemangat dan cuba buat yang terbaik, sampai ada orang kata aku punya semangat tempias kat dier (Btoi tak Bor..haha!!), haha, but my passion is to help others la..so, at this point, aku rasa hidup aku dalam fasa "big transition to know better of who I am"..mengikut pandangan zodiak yang cukup khurafat menyatakan aku dalam keadaan dilema (Btoi jugak tu..), tetapi aku cukup bernasib baik kerana aku dapat banyak pilihan..tapi aku hanya bergantung kepada Qada' dan Qadar Allah s.w.t sahaja..korang terutamanya yang perempuan tu jangan suka dok melayan zodiak-zodiak tu, haram tau..44 hari ibadah kita Allah s.w.t tak terima..fikir-fikir sendiri la, korang dah besar, yang boleh membuat fikiran ialah akal dan kemahuan korang la...let's the roll started..

Jadi, pembaca semua..lepas habis sesi 1 yang telah aku ceritakan yang banyak mengundang senyuman dan ketawa yang kecil dari panel-panel, kami beralih kepada sesi no. 2, yang ini agak spontan jadi aku hanya boleh bagi pandangan aku la..jadi, tak dapatlah aku bagitau secara detail, apa yang budak-budak lain cakap kecuali Una..itupun aku tak baper sure sangat..jadi korang nak tau apa tajuk dier?? Yang ini dikendalikan oleh ketua panel, Dr. Rahimi bin Goon..

"Kita beralih kepada sesi seterusnya..bagi sesi ini, anda dikehendaki untuk berinteraksi dalam bahasa Inggeris, soalannya, 'Television Programmes Curtail the Creativity of Children'. Discuss it in one minute! (Discuss apa kebendanya..kena pikir sengsorang la jawabnya!!).."




Ok, memandangkan semua orang blank (nervous la, beb!!) waktu itu..then, ketua panel ulang balik selepas budak cina lelaki dari Teluk Intan mintak ulang balik soalan..

"Television Programmes Curtail the Creativity of Children. Agree or Disagree (Udah macam Deal or No Deal la plak!!), discuss.."



Baiklah, baru aku dan budak-budak lain paham..mata sumer orang melilau melihat siapa yang akan mulakan dulu? Tik..Tik..Tik, jam tangan aku berbunyi..terpaksalah aku memulakan bicara dan yang lain lega, sebab depa boleh link dengan apa yang aku cakapkan, tapi aku boleh dapat advantage la..tak tau lagila..but, senang la jugak sesi nih, kerana aku boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, jadik yang akan membezakan aku dengan orang-orang lain ialah kredibiliti dan keyakinan aku..Ini penjelasan aku..

"I would see this topics clearly on two sides, pros and cons, but I would like to elaborate more to cons way, no, I think television programmes DO NOT curtail the creativity of the children, because it is their childhood, their nature, but the parents should have more priority to educate and shape their children's creativity, like most of the girls, they might watch Cinderella (Camner la aku boleh tercakap Cinderella, sedangkan aku nak cakap pasal Power Rangers neh..hehe!!), they might believe it's about happy ending and somebody called it as stereotype fairy-tale ending, in this world, reality, the parents should be at the back, so when, the children ask some questions, we can educate them simultaneously..yah, maybe, in this world, no such word as fairy-tale ending because in this reality world, it lives up with full of emotions, not happiness throughout the journey of our lives, they might have sadness, grieving, nervous and others.."

Habis la penjelasan yang aku bawak, jadi aku sempat la menyampuk apa-apa yang budak lain cakap, macam Una, dia cakap pasal supervision from the parents is important, then, pemohon no. 3 kata pasal kreativiti budak-budak tak disekat oleh program televisyen memandangkan zaman panel dulu (beraninyer dier neh..) dengan sekarang tak sama, dulu budak-budak main congkak, layang-layang, apa-apa lagi lah..pemohon no. 2 cakap pasal controlling the children technically, yang no. 1 nih terkelu sekejap tapi dia cakap memang program TV mengurangkan kreativiti budak-budak kalau tak dikawal, tapi kalau dikawal macam TV tu hanya digunakan sebagai satu bahan yang bukan keutamaan jadi taklah membawa apa-apa masalah..selepas itu, soalan link dari panel no. 2..

"Ok, (Sambil pandang Una..), when you said about the priority to the parents and supervision, how do you, as a parent, control or curb your children from seeing too much television, because we have so many channel addition to ASTRO channel, so how do you like to control this issue?"



Then, Una cakap pasal kawal secara fizikal macam ASTRO, kita boleh lock certain programmes, jadi budak-budak tak akan dapat menonton siaran khas untuk orang dewasa..tapi apa aku nak cakap yang perbincangan ini banyak didominasi oleh aku dan Una la..ok, penjelasan aku..

"At this point, we must inculcate noble values among our kids, maybe they might be curious, but the parents must be open-minded, how? We must educate them properly, getting them to know better about the codes in TV programmes such as 18PL, 18 SX, PG-13 or G, so they can understand, Controlling th times they watch on TV, but in my house, we didn't watch TV very much because no one is there and I tend more into novels (Yela, aku minat novel tapi bukan novel BM macam Ilon, tapi aku lebih suka pada novel BI) so, the point is the parents must educate and the children think, the parents should teach them and don't treat them harshly like in Malays, 'Jangan buat itu, Jangan buat ini'..so treat the children properly because they are the beautiful gift from god.."

Aku tak berapa concern pasal apa lagi budak bertiga tu bercakap pasal aku nak tau apa lagi soalan yang bakal ditanya, lepas itu ada beberapa soalan minor mengenai kesanggupan kita untuk kerja long hours, sanggupkah kitorang nak ikut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kita tak boleh rawat ahli keluarga kita dan banyak lagilah..jadi pada sesi no. 2 neh, kami dapat kesimpulan yang program televisyen tak mengganggu kreativiti kanak-kanak tetapi penggunaan televisyen perlulah dikawal sepenuhnya, jadi kami beralih kepada sesi no. 3 yang soalannya dibacakan oleh ketua panel..kami perlu berkomunikasi dalam bahasa Melayu, woit, best giler..

"Obesiti di Malaysia menjadi masalah kesihatan utama di Malaysia. Bincangkan.."



Semua panel memandang Una dan Una pun bercakap mengenai kurikulum seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Malaysia yang tidak banyak menitikberatkan mengenai pendidikan pemakanan, dan lebih kepada aktiviti fizikal seperti badminton dan bola sepak yang begitu aku setuju..Congratz Una..then, panel no. 2 bukak link kepada soalan nih (banyak betul soalan dari panel nih..)..dengar soalan ini yer..

"Jadi adakah anda mengatakan yang taraf hidup yang lebih baik dan kurikulum sekarang tidak memberi banyak pengetahuan mengenai pemakanan dan menyumbang kepada masalah obesiti di kalangan negara membangun kerana peratusan obesiti di negara-negara membangun menjangkau kepada 30% dalam masalah kesihatan.."


Yang panel nih tengok aku dan Una jek apasal? Tengok aku, then, aku kena la jawab soalan depa..

"Saya tidak bersetuju dengan pernyataan yang menyatakan taraf hidup yang lebih baik menyumbang kepada masalah obesiti kerana taraf hidup yang lebih baik menyebabkan masyarakat lebih berpeluang untuk mendapatkan taraf kesihatan yang lebih baik, di mana mereka berpeluang untuk membeli peralatan kesihatan, makanan kesihatan seperti multivitamin (Yang sangat-sangat dipuja oleh seorang Pengetua di sebuah sekolah di Perak Darul Ridzuan..), tetapi saya sangat bersetuju mengenai kekurangan pengetahuan dan pendidikan tentang pemakanan yang menyebabkan kepada obesiti, seperti persepsi kebanyakan ibu bapa di Malaysia, apabila permulaan fasa kanak-kanak (Toddler's stage), mereka harus diberi makan secukup-cukupnya sehingga comel dan montel menyebabkan kanak-kanak ini tidak boleh meninggalkan tabiat pemakanan a[abila menjangkau fasa remaja dan seterusnya, dan seperti di sekolah saya (Sorry SERATAS, tapi Una pun bersetuju sam
bil mengangguk-anggukkan kepala..), kami sudah tahu jangan makan makanan yang tak sihat, berminyak dan sebagainya, tetapi apabila kami meluru ke kantin, kami akan makan nasi lemak, burger dan apabila masuk ke koperasi sekolah beli minuman berkarbonat, keseluruhannya tidak berkhasiat kepada tubuh badan manusia, kami tahu tekanan mengenai tabiat pemakanan dari sudut teoritikal tapi kami tak tahu dari sudut praktikal, justeru, kita perlu ada pendidikan kesihatan yang lebih praktikal, macam doktor (bidang yang aku pilihlah!!), mesti ada praktikal, tidak boleh statik pada sudut teori sahaja.."

Habislah hujah panjang lebar aku, yang menyebabkan panel no. 2 menanyakan soalan yang terakhir iaitu..(drum roll..),

"Adakah anda mahu ada sistem pemakanan seperti di Jepun, di mana pihak sekolah mengawal sistem diet murid-murid?"


Soalan kali ini ditujukan kepada 3 orang budak cina di sebelah aku dan Una. Mereka bercakap dalam bahasa Melayu yang amat tersusun dan membuatkan aku berasa kagum, mereka bercakap mengenai kawalan pemakanan dan sebagainya..jadi kami dah dapat satu kesimpulan tabiat pemakanan dan kesedaran mengenai obesiti perlu ditingkatkan..jadi tamatlah sesi interview aku neh bersama-sama 4 orang yang lain..jadi panel-panel suruh kami bagi kata-kata terakihr, pada aku, aku amat berterima kasih kepada panel yang sudi meluangkan masa, aku berharap aku diberi peluang untuk dapat biasiswa perubatan JPA dan aku takkan sia-siakan peluang yang diberikan, kalau tak berjaya itu semua takdir tuhan dan aku bersyukur dapat dipilih ke interview itu, kerana aku boleh jadi lebih matang dan belajar untuk bersedia dalam apa jua keadaan..habislah interview aku bersama panel JPA!!
Jadi aku pun bersalam dengan panel-panel lelaki dan berjalan keluar dari Auditorium ke luar..aku tengok dekat luar, kat tempat menunggu, eh, dah takde orang, tinggal 5 orang yang akan di-interview pas neh, kesian depa..seorang jer budak Melayu dari SEMESTI, perempuan, tanya aku dengan Una, senang ke tak? Kami jawab boleh la..kami tak nak bagi dia harapan..ok, kami ambil barang dan fail dokumen yang ditinggalkan di luar Auditorium dan angkat kaki nak ambil lunch la plak..hehe, lapar siot..ok, aku tinggalkan tingkat 2, MBI dengan langkah yang yakin, tapi aku sentiasa mengharapkan Qada' dan Qadar Allah s.w.t sentiasa menyebelahi aku..kepada kawan-kawan aku, doakan aku dapat jadi doktor, kalu aku jadi doktor aku boleh tolong ubati korang..haha, perasan la lu Aleiff, but, aku berdoa dapat jadi seorang doktor yang berjaya dunia dan di akirat, soleh, dapat isteri solehah dan bersopan-santun, Amin Ya Rabbal 'Alamin..



Adakah korang akan rasa macam nih waktu interview? Fikir-fikirkan sendiri....



Baiklah, kepada sumer yang sudah menghadiri temuduga JPA, selamat berjaya kepada korang, chaiyok-chaiyok la beb..yang akan pergi temuduga BPG bagi Program Pelajar Cemerlang (PPC) pun selamat berjaya, dan mereka yang menghadiri temuduga MARA pun selamat berjaya, GOOD LUCK SEMUA!! Kepada mereka yang rasa annoying dapat mesej aku tanpa berhenti-henti, aku mintak maaf, tapi kalau tak suka kata terus-terang kat aku, balas mesej tu kata tak suka diganggu dan insan bernama MUHAMAD ALEIFF akan sentiasa hormati privacy korang dan takkan ganggu korang sampai biler-biler, dan jangan panggil aku KAWAN korang lagi, fine..kepada mereka yang masih kawan aku, aku akan sentiasa doakan korang akan berjaya dalam hidup korang, tak kira apa bidang yang korang ceburi..aku tak nak rosakkan mood orang yang baca blog aku nih..aku mintak maaf sangat-sangat, cuma aku rasa kecewa dengan certain kawan aku nih, takpelah kalau korang tak nak ingat pasal aku, ALEIFF SI PENYIBUK nih, aku takkan kacau dan rosakkan hidup korang, tak payahlah aku nak concern pasal korang dah lepas neh, aku paham perasaan korang tu..aku tak boleh lama malam nih, nak bersiap, esok petang dah nak bertolak ke Penang untuk interview bersama BPG plak, seperti yang aku mention la di atas tadi..haha, aku akan ceritakan kisah aku di Penang plak yer, dan aku akan tulis post pasal buku favourite aku, apa lagi? Kalau kawan-kawan baik aku, depa dah tau..sure la TWILIGHT SAGA!! Aku akan dapatkan the Twilight Official Diary plak lepas neh di MPH bookstore..huhuhu..Okla, mata pun dah mengantuk..nak kemas barang dan nak tulis esei tentang profesion perguruan esok, malasnya..takperlah Aleiff, ko yang nak, amik jer la, jumpa lagi in near future..stay tuned!! Assalamualaikum..

Friday, April 3, 2009

Pengalaman masa Interview JPA 2..

Berbalik kepada post aku yang dulu..aku akan teruskan apa yang aku nak luahkan kat siapa yang nak membaca blog aku nih..kalu sudi la yek..pengalaman interview takdelah sesuatu yang scary macam kebanyakan orang cakap..ok jek, itupun kalu korang boleh kawal emosi korang waktu bercakap dengan panel, aku teringat apa yang mak bapak aku cakap, pak cik dan mak cik aku, kawan-kawan aku, dan ramai lagi, pesanan sangat-sangat berharga, golden grimes before your initial death..haha..iyerlah sampai satu tahap, jika korang tak boleh kawal perasaan korang, korang boleh jadi tersangatlah gugup sampai tak boleh bercakap, breakdown tengah jalan, terlalu lantang..macam-macam lagilah kerana korang akan berusaha sedaya-upaya untuk handle your own adrenaline rush..you can google it if you want (Pinjam kata-kata Edward Cullen!!)..begin the new chapter..

"OH MY GOD!!"

Kenapa aku cakap sedemikian? Ok, dalam keadaan gementar bersama-sama 4 orang yang lain..aku terlopong kat situ memandang Husna yang terblank di atas anak tangga. cuba teka apa yang aku nampak? KETUA PANEL la..Sapa lagi? Perut aku yang lapar, tak boleh makan kerana makanan yang aku telan semuanya ibarat macam pasir, pasal itulah berat badan aku sangat-sangat ringan..menjadi begitu berdebuk-debak like orang putih cakap..Butterfly in your tummy..macam itulah keadaannya..korang boleh bayangkan tak??? Kalau tak boleh takper..aku paham..

Oklah, aku dan yang lain turun dan aku berada di belakang sekali mendoakan agar aku dapat menjawab soalan dengan begitu tenang sekali tanpa ada sebarang kekalutan, di samping aku beritahu Husna itulah ketua panel, tapi Una tak dengar kerana dia pun nervous dan sejuk..yelah, saper tak sejuk? Dalam Auditorium yang air-condnyer dipasang ke full speed membuatkan tangan aku berpeluh, dan aku rasa semacam lembap, maksud aku, peluh yang disebabkan oleh simptom hyperhydrosis membuatkan aku rasa tak selesa..takper, aku akan buat yang terbaik..

Then, duduk di hadapan panel..yah, dua orang lelaki dan seorang perempuan, dua orang dari JPA dan ketua panel, Dr. Rahimi bin Goon, membuatkan lidah rasa terkelu sikit..takper la, buat yang terbaik, Aleiff!! Ini peluang besar untuk diri kau!! (Doa aku dalam hati la neh..)..sebenarnya sebelum kami duduk tu, budak cina lelaki yang satu sesi dengan aku nie mentelaah giler-giler dengan teks pengucapan awam yang dimuat turun dari internet ..pada aku mungkin agak melucukan, tapi baru aku faham, dye tak berapa fasih berbahasa Melayu jadik dye hafal sikit-sikit dari teks tu waktu kat luar Auditorium..ok!! Selepas tu, this chinese boy terus meluru ke arah panel waktu kami masuk ke dalam Auditorium untuk tujuan bersalam dengan semua panel dan bertanyakan gelaran apa yang boleh dia panggil kepada panel-panel ketika proses temuduga dijalankan, aku pun ikut la bersalam jugak dengan Una salam panel perempuan, aku salam dengan panel lelaki jek..kami diarahkan duduk dan panel no. 2 (Dia nih berbangsa India..aku dapat cam waktu aku dengar accent dye waktu dye cakap bahasa Inggeris, orang JPA agaknya..), mulakan sesi no. 1, pada waktu nie kami kena perkenalkan diri seorang demi seorang mengikut no. tag yang kami pakai..

"Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada kamu semua yang berjaya ke proses temuduga bagi mendapatkan biasiswa JPA, baiklah kita mulakan sesi no. 1, iaitu sesi pengenalan diri, sila gunakan bahasa Melayu ketika memperkenalkan diri.."


Jadi, kitorang mula dengan sesi nie, macam biasa memperkenalkan diri sendiri, mesti gunakan bahasa Ibunda Malaysia, iaitu Bahasa Melayu, takdelah susah sangat kerana aku boleh memperkenalkan diri dengan menggunakan perkataan yang tepat dan mudah difahami berbanding ketika berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris..

Aspek-aspek yang perlu kami terangkan ialah:
  1. Nama
  2. Asal
  3. Nama Sekolah
  4. Latar Belakang Keluarga
  5. Kegiatan Kokurikulum yang Diceburi di Sekolah
  6. Bidang yang dimohon
  7. Sebab mengapa memohon jurusan berkenaan
Senang cerita la, macam nie keadaan kami terangkan diri mengikut giliran, kemungkinan ada yang diubah tanpa sengaja kerana yalah telinga aku nie p0wn bukan boleh dengar dengan baik p0wn..

Pemohon No. 1: Asal dari Taiping, bersekolah di SMJK (C) Hua Lian, latar belakang keluarga dia nie ceritakan ialah bapanya dah tua dan perlu bersara kerana berusia 57 tahun, pekerjaan bapa dia ialah ahli perniagaan, mengambil bidang farmasi, no. 5 tidak dinyatakan secara terperinci, sebab memohon bidang farmasi kerana ingin mengubati mereka yang sakit

Pemohon No. 2: Asal dari Teluk Intan, bersekolah di Teluk Intan, latar belakang yang dia nie ceritakan ialah dia ada keluarga yang tipikal, tapi dia tak mahu susahkan keluarga dia, bidang kokurikulum yang diceburi ialah menjadi ketua kelas, menolong cikgu memberi arahan kepada pelajar, bidang yang ingin diceburi ialah bidang pergigian, sebab memohon bidang ini kerana dia sudah jatuh cinta dengan mata pelajaran kimia

Pemohon No. 3: Asal dari Ipoh, bersekolah di SMJK (C) Ave Maria Convent, latar belakang keluarga yang dia terangkan ialah beliau berasal dari keluarga yang miskin di mana pengurusan keluarganya juga adalah miskin, bapanya seorang kuat berjudi, minum arak dan seorang perokok tegar, bapanya selalu bergaduh dengan ibunya, bapanya hampir bersara dan dia ada 2 orang adik yang masih bersekolah. Dia mahu bawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan dan tak mahu bebankan keluarganya, kegiatan kokurikulum yang diceburi pun tak diberitahu, bidang yang ingin diambil ialah perubatan kerana dia mahu tolong emaknya yang sakit

Pemohon No. 4 (Aku la!!): Asal dari Ipoh (Ipoh Mali tadak sombong maa..), bersekolah di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, latar belakang keluarga yang aku sampaikan ialah pekerjaan bapa aku ialah pesara dan emak aku ialah suri rumah tangga, semua adik-beradik aku semuanya berada di universiti. Kegiatan kokurikulum yang diceburi di sekolah ialah perbahasan, Wind Orchestra, dan Guru Muda Biologi. Aku ambil bidang perubatan kerana aku nak orang lihat aku nie berbaloi untuk menolong masyarakat dan aku suka tolong orang lain. Aku juga cakap yang aku amat berminat dalam bidang perubatan kerana mendapat inspirasi dari Ibnu Sina dan Ibnu Nafis

Pemohon No. 5 (Una): Asal dari Taiping, bersekolah di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, latar belakang keluarga yang diceritakan, bapa seorang pegawai kesihatan, ibu seorang penolong pegawai pertanian, ada dua orang adik. Kegiatan kokurikulum di sekolah ialah ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Naib Presiden Kelab Badminton. Ambil bidang perubatan kerana diinspirasikan dari mak ciknya yang bekerja sebagai Radiologist dan Ophtalmologist. Nak tolong emaknya kerana emaknya agak berpenyakit.

Waktu sesi nie habis aku tengok jam, masa baru 10 minit berlalu dengan mulut ketua panel yang tak lekang dari kertas soalan dan matanya yang melilau melihat respon kami, sama ada berlakunya isyarat-isyarat ganjil seperti berpeluk tubuh, bersilang kaki dan sebagainya.

Baiklah, aku akan sambung pengalaman waktu aku diinterview oleh JPA dalam waktu yang terdekat nie, Assalamualaikum..

Thursday, April 2, 2009

Penat giler..

Aku rasa malas nak post apa-apa hari neh, ingatkan nak sambung la tulis pasal pengalaman aku waktu interview JPA hari tu, heheh, kenapa Aida? Suspen ke...haha, atau ko suka aku kutuk Cik Ros terang-terangan nih..aku rasa pagi esok la aku sambungkan citer aku neh..bagi siapa yang baru nak tengok-tengok aku punya blog..enjoy-enjoykan diri anda tu..Aku tau blog aku nih tak baper mengancam berbanding mereka yang punya blog yang sudah well-established tu..(Paham-paham sendiri la!!!)..aku rasa malam nih aku just nak layan lagu retro dalam aku punya blog nih jer..alah, kalu korang bukak blog aku, korang dengar lagu "Suatu Masa"..nyanyian sifu or maestro dalam world composition song..siapa lagi M. Nasir lah..oklah, kepada sesiapa yang udah memohon untuk borang upu..anda akan tau keputusan mungkin penempatan univeriti anda mungkin pada 7 April ini..dan, siapa yang mintak nak jadi cikgu, aku nak tanya kat korang biler sebenarnya keluar keputusan shortlisted interview neh?? Aku bingung, bingung, dan BINGUNG!!!!!!! Hahaha, takder bodoh sangat aku neh..oklah layan dulu lagu M. Nasir dulu la...penat giler kejer kat SMK Seri Ampang tadi, depa mintak aku datang, tapi buat apa aku datang..aku bukan Alumni sekolah tu pun..


Suatu Masa

                           
Bagaimana kan ku mula dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah tiap madah bererti
Manakah ilhamku


Cahaya di mata mu senyum di bibir mu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan


Berhelai-helai surat terbiar di depan ku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandanganku


Lalu aku kesal kukumpul semua
Tak dapat kunyatakan apa ku rasakan
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

(Chorus)

Dengarkanlah panggilan ku
Dengarkanlah lagu untuk mu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya


Warna-warna cintaku kian pudar bersama
Malam yang gelap-gelita
Entahkan kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah


Tapi ku percaya semua telah tertulis
Dan niat suciku tak kan disiakan
Dan di suatu masa di hari yang indah
Ku hulurkan tanganku lalu kau terima


Penat betul hari neh, tadi dah mengangkut 22 ekor ayam..
Assalamualaikum...


Wednesday, April 1, 2009

Pengalaman masa Interview JPA 1..

Haha, ini macam continuation blog aku yang lepas..apa hah? Ya, sambungan kepada blog aku yang dulu.. .., "Malasnya nak pergi interview JPA!!!" ok, bayangkan dokumen yang penting dan paling dikehendaki iaitu borang pengesahan pendapatan tak disahkan lagi, tension giler..and then, tada...my savior call, haha, mak cik aku, mak cik Mimi (Emak pada Ahmad Ahnaf Hariz, Pelajar SERATAS Batch 21) dapat menyelamatkan aku, seronoknya!!! Tapi berdebar-debar la jugak..

Mak Cik Mimi: Hello Nah (Emak aku..), apa khabar Aleiff? Dah bersedia ke untuk interview JPA?
Mak: Bersedia, ye la..tapi, borang pengesahan pendapatan tak sah lagi!! Pengetua dan Guru Besar daerah Kinta mana ada dekat sekolah masing-masing..
Mak Cik Mimi: La, kenapa tak datang sekolah Mimi tadi? Ala, takper esok pukul 7.20 pagi, datang sekolah Mi, Mi tolong sahkan, bukannya JPA tu nak tengok satu-satu tandatangan palsu ke tak? Esok, datang SERATA..(Syukurnya aku!!)
Mak: Okla, nanti Nah suruh Din (Bapa aku..) pergi ambil tandatangan Mi..terima kasih Mi..
Tiba-tiba ada satu call..dalam handphone aku, bunyi ringtone the 7th Night of July..

Aleiff: Helo..
Ija: Helo..Aleiff, mak aku nak cakap ngan mak hang kejap..

After beberapa minutes,

Aleiff: Kenapa mak?
Mak: Esok kamu pergi dengan Ija ke MBI esok..Ayah pergi awal sikit ambil tandatangan Mak Cik Mimi..
Aleiff: Ok..

Then, aku tinggalkan kejap post yang aku nak tulis dan siap-siapkan dokumen yang perlu dibawa, macam-macamlah then satu pempanan buat aku waktu tengok borang tawaran interview tu..sijil kewarganegaraan ibu/bapa, what the hell? Oh, baru aku ingat!! Interview JPA nie kan banyak pemohon berbangsa Cina dan India, so, banyak ibu bapa depa bukan warganegara, means, ibu bapa depa nie banyak PENDUDUK TETAP..ok..

Esoknya, aku bangkit awal, ayah aku dah gosok baju aku, ayah aku hantar aku ke rumah Ija dan dia pergi ke SERATA, sahkan borang pendapatan keluarga tu..dan jumpa aku dekat MBI..

Selepas itu, aku dengan Ija terserempak dengan Husna dekat lobi, aku dengan Ija tegur dia..sembang-sembang dan diarahkan terus ke atas ke tingkat 2..sampai di atas, aku jumpa Syahir BONE..Raja, aku tak nampak lagi..tak sampai lagi kot??

Aleiff: Helo, Cok, ko kat maner??
Raja: Aku nak sampai dah..tengokkan nombor aku dulu..
Aleiff: Ok..

Sampai tingkat 2, kitorang diarahkan untuk check bilik panel dan nombor giliran, dan sign sahkan kehadiran kami..kami kena duduk dekat barisan panel..Ija dengan Bone dapat panel no. 2, aku dengan Husna panel no. 4, Cok panel no. 1, dan seorang manusia nie, entah nak cakap manusia ke x? Tak tau la, dia ni dapat panel no. 5..ok nak tau siapa dia? Ok..dia ialah CIK ROS..



Tolong la, hidup dalam realiti sebenar, bukan kami tak suka berkawan dengan hang, tapi hang perlu ada ruang untuk dunia lain..

Kenapa aku cakap macam ni? Ok, waktu sampai dekat MBI, semua orang pun nervous, ye la interviewer semua berpangkat besar..mereka yang akan menentukan kedudukan kita sama ada layak dapat biasiswa atau tidak..then, aku, Ija dan Husna sudah tandatangan dan duduk tempat masing-masing..tiba-tiba kelibat nie datang..

Kelibat: Wei, bola? Meh sini kejap..
Aku & Husna: ??????
Husna: Aku tak cari pasal dengan hang pagi-pagi buta nie taw...Hang tengok dia Aleiff? (Aku duduk sebelah Husna pasal aku satu bilik dengan Husna..)
Aku: (Dalam hati..) Dia nie tak reti bagi salam ke kat orang? Tegur apa macam nie..

Lepas itu, aku dengan Husna langsung tak ambil peduli dekat dia, sama dengan Cok pun tak layan..aku, bagi menghentikan perasaan nervous yang berbuku di hati, ikut Cok dan Wan Z (Budak SEMESTI) pergi tandas dan sempat la berkongsi pelbagai info-info penting..buang air la jugak!!

And then, masa nak menunggu giliran, Bone pergi dulu, ikut keadaan first come, first serve basis, sesi no. 1, panel no. 2, lepas 2, Cok, sesi no. 2, panel no.1, then, Ija, sesi no. 2, panel no. 2, dan kami panel no. 4, masih tidak berganjak, sesi no. 1 dalam bilik panel no. 4 masih tidak keluar dari bilik ye lah, start sesi temuduga pukul 9.00 pagi dan pukul 11.00 pagi, aku dengan Husna tak berganjak lagi..tiba-tiba sesi n0. 2 dipanggil, 5 orang yang kedua dipanggil, lambatnya menunggu, emak Husna banyak kali turun-naik, nak gores kupon sama la dengan mak Ija..then, pukul 11.15 pagi budak sesi n0. 2, panel no. 4 dipanggil masuk ke dalam bilik panel no. 4 (auditorium), aku baru teringat ketika Program Pendedahan Seorang Kerjaya Doktor dulu..Timbalan Ketua Pengarah (Klinikal), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Dr. Rahimi bin Goon kata..


"Siapa di antara kamu, yang bernasib malang akan berjumpa saya bersama-sama dua pegawai besar JPA ketika sesi temuduga kerana saya adalah ketua panel, dan saya agak pasti bukan mudah nak melepasi sesi temuduga dengan saya..hehe"

Dan aku berdoa, supaya janganlah dapat ketua panel, then,

"5 orang, panel no. 4, bersedia.., sila serahkan salinan dokumen yang berkenaan kepada pegawai urusetia dan anda akan diberi tag ini..terima kasih" ..

Lepas dapat tag, aku dapat no. 4, Husna no. 5, so, aku dengan Husna akan duduk sebelah-menyebelah dalam auditorium itu nanti..dalam masa nak menunggu sesi no. 2 habis, aku sempat berkenalan dengan 3 orang yang lain dalam sesi aku, semuanya berbangsa cina dan mereka sangat friendly, seorang lelaki dan dua orang perempuan, seorang dari Taiping (bersekolah dekat Hua Lian, Ambil jurusan farmasi), seorang dari Teluk Intan (Ambil jurusan pergigian), seorang lagi dari Ipoh (Ambil jurusan perubatan)..

Macam-macam aku dan Husna sembang dengan depa, baik dan agak fasih berbahasa Melayu pasar..macam-macam la kami sembang, berapa A SPM? Ambil subjek apa? Pergi RIMUP ke x? Pernah pergi Interview ke? Nak Fly pergi mana? Sertai aktiviti apa kat sekolah? Macam-macam lagi la yang kami bincangkan...

Next, pukul 12.15 tengah hari, barulah pemohon-pemohon sesi no. 2, bilik no. 4, keluar dari auditorium, buka pintu muka dah ibarat mayat, ye la, sejuk tambah gementar mana taknya..haha, kami tanya la, senang tak, senang la jugak, kata depa..lepas tu, pegawai urusetia, buka pintu auditorium (bilik panel no. 4), dan kata, "Semua dah sedia? Dokumen sudah tinggalkan dekat kaunter, dan tak perlu bawa sebarang alat tulis atau buku..(Abih kenapa dalam borang interview suruh bawa alat tulis?)..silakan masuk..bawa barang berharga sekali takut berlaku sebarang kecurian, ok?"

Dalam keadaan aku berdoa dan melangkah dengan kaki kanan, (Ikut pesanan orang tua!!!), aku bersama-sama 4 orang lagi masuk dalam auditorium dan dalam keadaan mulut aku mengharapkan janganlah ketua panel yang menemuduga aku..dan tanpa disangka..


"OH MY GOD!!!"

Baiklah, sampai sini dulu, Assalamualaikum..