Kadang-kadang manusia selalu bercerita yang perjalanan hidup ini bukan sentiasa senang dan untuk menjadi seseorang yang kita idam-idamkan suatu hari nanti bukanlah mudah, justeru, sudah menjadi lumrah kepada kita untuk melalui jalan-jalan penuh berliku yang sentiasa terbentang di depan mata, dan kenyataan yang kita kutip sepanjang perjalanan yang penuh ranjau onak dan duri bakal menjadi pengajaran yang baik bagi menempuh hari-hari yang mendatang...Dalam sepanjang melalui liku-liku kehidupan kini, aku mula belajar untuk mengenali diri dan mengenali rakan-rakan yang pernah datang dan pergi...ya, rakan-rakan yang pernah mengisi kekusutan dan kegembiraan hidup aku...Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku tatkala di kala susah dan senang!!
Lantaran itu, aku memulakan proses menilai diri sendiri, adakah setiap kekusutan yang hadir adalah kerana aku mula melampaui batas, Terima Kasih Tuhan kerana sentiasa menyayangi diri ini, hanya petunjuk dari-Mu adalah satu-satunya pengukuh semangat aku untuk berjalan menempuhi ranjau-ranjau penuh berliku...Kekuatan diri aku juga kadangkala rapuh untuk aku terus gagah berdiri, walaupun dalam pada masa yang sama aku berpura-pura untuk kelihatan kuat, hinggakan aku tertanya, ke mana semua orang hadir yang pernah datang menjengah jendela kehidupan yang pernah aku telusuri...Dan aku telah ketemu suatu kesimpulan yang aku sekian lama aku cari,
"Tidak perlu untuk aku mengasihi mereka yang berkelakuan ibarat anjing yang menunggu masa untuk dilepaskan sedangkan aku terkapai-kapai untuk terus bernafas, kebaikan yang diberi bukanlah bermakna untuk engkau dikasihi tetapi engkau akan lebih dijauhi..."
Bukan aku mahu membalas dendam, namun ia akan terus kekal menjadi azimat untuk aku bangkit untuk tidak lagi menoleh ke belakang lagi diikuti dengan suatu janji yakni harga diri dan integriti yang aku sandarkan kepada kalian tidak akan aku letakkan kembali kepada harga sebagaimana yang lampau, di mana telah aku korbankan segalanya kepada kalian namun segala pembalasan yang kalian berikan telah aku hargai sampai aku mati...namun untuk aku fikirkan kehendak kalian, telah aku campakkan kesemuanya ke dalam laut yang paling dalam, yang aku kira tidak mampu dan tidak sudi aku penuhi! Hanya ungkapan inilah yang akan sentiasa menemani aku selepas ini, bukan hajat untuk mementingkan diri sendiri, tetapi cukuplah segala keburukan yang kalian campakkan kepada aku, yang aku akan 'hargai' dan ingati sampai bila-bila kerana segalanya pasti akan dibalas nanti!
Terima Kasih sekali lagi buat kalian kerana kalian telah mengajar aku suatu lagi erti kehidupan dan segalanya yang dikutip dalam setiap onak dan duri perjalanan ini akan sentiasa dibawa sehingga aku menemui cahaya yang bersinar di hujung jalan...
Aku hanya akan berhenti mengutip segala pengalaman dalam perjalanan yang penuh berliku ini sekiranya aku telah menemui cahaya yang muncul di hujung perjalanan..
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakanku yang bakal memulakan kembara baru di negeri orang, dan aku pohon seribu kemaafan di atas keterlanjuran yang telah aku sebabkan kepada kalian, sesungguhnya hati yang sentiasa keliru ini hanya menambah segala keceriaan dan melukis sedikit warna dalam diari hidup kalian...
Tabahlah kalian di bumi orang nanti....Semoga kita ketemu lagi....=), Amin
Wassalam.....