Selamat Hari Pekerja!!! Yes, terima kasih kepada semua golongan pekerja di Malaysia kerana andalah yang banyak menyumbang kepada produktiviti negara..Yelah, hari ini adalah hari kita menghargai kepayahan dan usaha semua golongan pekerja tak kira dari lapisan bawahan hingga lapisan atasan..Cuba anda semua fikirkan, kalau semua orang nak jadi pekerja golongan elit atau profesional, habis siapa yang akan jadi tukang sapu dan pekerja am lainnya, jadi keseimbangan soioekonomi itu perlu stabil dan seimbang justeru kita akan menghasilkan masyakat yang aman majmuk dan boleh menghasilkan produk "1MALAYSIA"..(Ewwww!!!!). Dan paling tidak mustahil, Malaysia boleh menubuhkan satu kesatuan sekerja yang prolifik dan suatu hari, tidak mustahil kita akan menubuhkan Parti Buruh seperti di Britain yang boleh menyuarakan hak-hak yang boleh dinikmati oleh pekerja-pekerja di Malaysia. Baik, kan?
Oleh itu, dalam melahirkan masyarakt madani, kita tidak perlu mengharungi kepayahan dan pada masa yang sama, kita boleh menghapuskan penindasan...
Walaupun mereka ini dianggap hina, mereka inilah tunjang kepada ekonomi negara..Merekalah mangsa ekonomi bercorak kapitalis...
Raikan kesungguhan pekerja-pekerja dengan menghayati Sambutan Hari Pekerja Antarabangsa, 1 Mei Setiap Tahun..
Dalam sibuk-sibuk aku menulis mengenai sambutan hari ini, aku rasa sentap dan tension sangat-sangat, manakan tidak, aku dah lama nak masuk laman web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tapi masih tak dapat masuk lagi..geramnya aku!!!! Tunggulah pukul 12.00 tengah malam neh, boleh aku surf internet balik.....ish, nantilah dulu, esok nak pergi rumah Ijat, ada jamuan perpisahan, sebelum dia nak ke US, bestnyer dia...oklah dulu...
Assalamualaikum...
AMBIL VITAMIN C DENGAN BETUL
6 years ago
0 comments:
Post a Comment