Salahkah seorang pemimpin itu mengimami solat jemaah di masjid negeri?
SALAH, kerana dia begitu sombong...kenapa tak bagi Imam masjid negeri buat kerja dia, itu sudah dikira zalim..WALHAL, seorang pemimpin itu lebih layak untuk mengimami jemaahnya kerana di akhirat kelak, perkara pertama yang bakal ditanya kelak oleh ALLAH s.w.t nanti kepada seorang pemimpin ialah tanggungjawab mereka dalam menegakkakn ISLAM di atas muka bumi ini..
Salahkah umat Islam mengerjakan solat hajat demi kebaikan saudara-saudaranya di Palestin?
SALAH, kerana mereka cukup sombong mengerjakan solat hajat, tidak payahlah nak berpura-pura berlaku baik, mengerjakan solat di tanah lapang, stadium.. Justeru, apa yang perlu kita lakukan? Kita tengok konsert, terkinja-kinja sampai pagi...WALHAL, ALLAH s.w.t. hanya mendengar permintaan hamba-hamba-NYA melalui Du'a(Solat), adakah ALLAH s.w.t. mendengar jeritan dan sorakan "BOIKOT ISRAEL DAN AMERIKA SYARIKAT" di stadium tertutup, melalui gegak-gempita konsert yang berlangsung? Adakah ALLAH s.w.t. akan mengabulkan du'a hamba-hamba-NYA yang meninggalkan solat Maghrib dan Isya' semata-mata untuk terlolong di dalam konsert?
Salahkah isteri kepada pemimpin dari negara Islam memakai tudung ataupun menutup kepalanya dengan berjilbab?
SALAH, kerana isteri seorang pemimpin perlu dedahkan rambutnya yang didandan oleh "private hairstylist" dan fesyennya macam sarang tebuan, setiap kali rambutnya didandan mesti kosnya beribu-ribu sehingga RM5K+++, yang dikerah dari kantung rakyat..biar rambut yang didandan itu menampakkan kekuasaan suaminya, walaupun isterinya tiada kuasa apa-apa pun di dalam kerajaan, tiada kelaslah sekiranya rambut yang siap didandan itu ditutup dengan sehelai kain, manusia tidak perlu memandang seseorang melalui rambutnya, ALLAH s.w.t hanya melihat kepada hati seseorang itu, ingat apa? Ingat kami tidak solat 5 waktu sehari semalamkah? Ingat mereka yang bertudung baik sangatkah?..WALHAL, tidakkah mereka terfikir majoriti mereka yang menghuni neraka, bukankah mereka yang terdiri dari kaum WANITA, ingatlah dandanan rambut itu RM5k, bagaimana dengan sehelai tudung biasa? Paling mahal hanyalah RM200, tidakkah semua itu digelar pembaziran? Mengapa? Adakah ALLAH s.w.t menilai isteri seorang pemimpin itu melalui tinggi rendah rambutnya? ALLAH s.w.t hanya akan menilai seseorang itu melalui iman dan takwa hamba-NYA..memang bukan semua yang bertudung itu baik pekertinya, namun mereka sudah terlepas dari suatu dosa..memang isteri seorang pemimpin itu mengerjakan solat tanpa meninggalkan satu waktu, tetapi bukankah solat itu menghalang kita daripada melakukan perbuatan KEJI dan MUNGKAR?
Salahkah seseorang pemimpin itu menggunakan politik yang bersih dalam berkempen?
SALAH, kerana pengikut-pengikut yang menyokong kita perlu diberi sedikit imbuhan, jangan risau duit "KITA" banyak lagi..WALHAL, dunia seakan-akan terbalik, untuk mendapatkan kuasa, wang ringgit diperjudikan, tetapi entah wang ringgit siapa yang dibolak-balikkan? Bukankah itu semua wang RAKYAT? Bukankah itu suatu KEZALIMAN? Politik wang sekarang sudah dianggap suatu kebiasaan, tetapi adakah kita lupa politik seperti ini samalah seperti RASUAH? Tidakkah mereka berasa berdosa?
Salahkah seorang pemimpin Islam menggunakan masjid sebagai tempat memberi ceramah dan berkempen?
SALAH, kerana masjid itu hanyalah tempat untuk solat sahaja, itu sudah satu taktik kotor berkempen di masjid..WALHAL, cuba anda fikirkan? ISLAM itu adalah suatu agama yang syumul, ISLAM itu suatu gaya kehidupan, tidakkah mereka yang melemparkan tohmahan itu belajar mengenai peranan masjid itu sebenarnya? Bukankah salah satu peranan masjid itu ialah pusat kegiatan sosial, ceramah dan kempen itu bukankah suatu kegiatan bersosial yang sihat, bukannya kita membela MAT dan MINAH REMPIT yang berenang di dalam kolah masjid, berpeleseran di sana-sini..sedangkan golongan ini mengatakan merekalah golongan yang berfikiran luas dan terbuka tanpa ada simpang-siurnya, namun apabila mereka ini menyempitkan peranan masjid sebagai satu premis untuk melakukan ibadah sahaja..tidakkah mereka terfikir yang mereka ini golongan yang sebenarnya TERSEPIT? Secara tidak langsung, mereka ini bolehlah diibaratkan seperti golongan SEKULARIS ISLAM, LIBERALIS ISLAM..mereka inilah yang berusaha untuk memisahkan politik daripada ISLAM dengan sepenuh tenaga, ironik bukan?
Salahkah seorang pemimpin itu dipilih oleh rakyat?
SALAH, kerana seseorang perlu dipilih oleh SULTAN, ironik bukan? WALHAL, mengapakah kita meletakkan dasar pentadbiran kita mengikut raja berpelembagaan dan meletakkan amalan demokrasi dalam pemilihan pemimpin, sebagai penghormatan kepada rakyat untuk memilih pemimpin kesukaan mereka, persoalannya mengapa kes kedaulatan raja-raja diangkat ke peringkat yang begitu kontroversi? Justeru, sekiranya kita mahukan kedaulatan raja-raja ini disanjung mengapa kita tidak kembalikan KEKEBALAN dan IMUNITI kepada raja-raja Melayu? Mengapa sekiranya ada pihak satu lagi memperihalkan raja-raja, maka pihak yang satu lagi berkokok menyatakan pihak yang satu lagi MENDERHAKA! Sedangkan, siapakah yang memulakan isu penderhakaan raja? Bukankah pihak yang satu lagi yang memulakannya..ironis sungguh keadaan sekarang..
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Peliharalah diri, ibu bapa, guru-guru, para mujahid-mujahidin dan Seluruh Umat Islam di dunia ini dari fitnah dan kejahatan dunia, binasakanlah musuh-musuh agamu-Mu, Mantapkanlah Iman dan Ketakwaan kami, Satu-padukanlah umat-Mu di atas muka bumi ini, Ya Allah, tegakkan syiar Islam di serata dunia ini dan berikanlah kami ketenangan hidup di dunia dan di akhirat, Tempatkanlah kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sedikit, berkatilah Rasulullah s.a.w dan para Nabi yang telah menunaikan tanggungjawab mereka di atas bumi dengan membawa sinar ISLAM yang tidak ternilai, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin...
Coretan Ikhlas dari Aleiff, Assalamualaikum
Monday, March 30, 2009
Salahkah..Walhal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment