Dunia sudah sampai ke penghujung...Ya Allah, inilah balasan akibat tindakan manusia yang sungguh keterlaluan..hari ini aku baca satu keratan akhbar, yang cukup-cukup menyakitkan hati, seorang REMAJA HOMOSEKSUAL membelasah ibunya, cuba bayangkan remaja itu baru berusia 13 tahun, mula menjual diri ketika berusia 8 tahun, dan Syaitan ini perlu dicabut nyawanya...
Mari kita baca keratan berita yang membuatkan darah aku mula nak mendidih......Ya Allah, Kau cabutlah nyawa budak itu dan pasangannya yang durjana, jangan biarkan mereka hidup di atas dunia ini, Hindarilah aku dari sifat keji ini, dan jauhkan aku dari mereka yang bersifat sebegini...Amin, Ya Rabbal 'Alamin...
Anak belasah ibu guna buku lima
Oleh Petah Wazzan Iskandar
wazzan@bharian.com.myRemaja homoseksual marah selepas ditegur
GOMBAK: Niat murni seorang ibu cuba menasihatkan anak lelakinya yang menjalin hubungan songsang dengan seorang lelaki lain membawa padah, apabila dia dibelasah anaknya menggunakan buku lima di Rumah Pangsa Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Batu 5 di sini, petang kelmarin.
Kejadian itu berlaku jam 4 petang apabila mangsa hanya dikenali sebagai Nor, 38, menyoal kemampuan kewangan anaknya yang berusia 13 tahun tetapi memiliki sejumlah wang yang banyak.
Nor yang curiga dengan kelakuan anaknya juga dikatakan bertanyakan mengenai gigitan cinta di leher, sehingga menyebabkan pelajar Tingkatan Satu itu marah.Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan pengakuan anaknya bahawa dia seorang homoseksual, cuba memberi nasihat tetapi ia menimbulkan kemarahan suspek.
"Hati ibu mana tak hancur dan marah apabila anaknya mengaku menjual diri dan kesan gigitan di leher, angkara seorang lelaki yang menjadi kekasihnya sejak lima tahun lalu.
"Namun kemarahan dan nasihat supaya insaf dibalas dengan tindakan ganas apabila anaknya menumbuk muka ibunya berkali-kali sebelum mangsa tersungkur kesakitan," katanya.Sumber itu berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan derhaka anaknya bangun dan menegurnya tetapi anaknya semakin ganas apabila menyarung buku lima.
"Selepas menyarung buku lima, anaknya menumbuk mangsa berkali-kali sambil memaki-hamun dengan mengatakan mangsa tidak layak menjadi ibunya.
"Mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti binatang dan kesakitan dibelasah kemudian menjerit sebelum jirannya datang membantu," katanya.
Mangsa yang cedera di badan dan kepala membuat laporan polis di Balai Polis Setapak dan Gombak.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Sakit hati betul baca kenyataan akhbar ini...Ya Allah, turunkan darjat mereka yang melakukan amalan songsang ini...Amin...
Assalamualaikum.....
0 comments:
Post a Comment