BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 14, 2009

Satu..

Aku sangat suka lagu tradisional, yelah, kalau siapa kenal aku kat sekolah, mesti tahu aku adalah seorang penari ataupun lebih tepat BEKAS penari...huhu, jadi kalau ikutkan, aku boleh senaraikan lagu-lagu tradisional aku macam Joget Kenangan Manis, Ya Maulai, Joget Kasih Tak Sudah dan macam-macam lagi...Hari ni, aku nak kongsi satu lagu tradisional yang cukup aku gemar, lagu SATU dendangan Tan Sri SM Salim dan Zainal Abidin, tapi versi yang aku dapat ialah ketika Opening Anugerah Planet Muzik, sangat-sangat menghiburkan...


video


Zainal Abidin & S. M. Salim

Satu

Bila ku dengar
Irama lagu yang satu
Hati bertambah sayu
Terkenang kampung halamanku

Nah ! Di sini ku berdiri
Kau akan melalui
Ku pernah merasai

Heyy !

Ahh !! Garam pernah ku rasa
Intan dengan permata
Sudah dapat dibeza
Kematanganmu juga nampak dewasa

Langit yang ku junjung
Bumi yang ku pijak
Irama rentak lagu
Tiada bezanya

Ikutilah rentakku
Hayati irama
Berganding kita bersama

Kini kita berdua
Megah meranjau masa
Engkau dan aku sama
Tiada sempadan usia

Jejak dan langkahku
Kekadang keliru
Menangis tiada lagu
Tunjukkanlah haluan
Agar tidak tertunggu

Heyy ! Kini tiba ketika
Joget zapin dan inang
Kita akan berdendang
Langkah kiri dan kanan
Bersama tiada bezanya

Heyy ! Kini tiba ketika
Joget zapin dan inang
Kita akan berdendang
Huhu, nikmatilah lagu ini...Assalamualaikum

0 comments: