BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 28, 2009

Aku Tengah Sedih...

Boring
...
Sedih
....
Tak Seronok
.....
Tak Bahagia
.......
Tension
.........


P/S: Semuanya pasal aku tak dapat pergi SSP, Cyberjaya

I'm fond of...

Kalau nak tau citarasa aku neh agaklah pelik sedikit, boleh tahan la kot....huhu, nak tahu what I'm most crazy about.....

New Moon..Sambungan buat Twilight......

Twilight, inilah filem kegemaran aku....

Amy Winehouse..Queen of Contralto Soul...


Duffy..Offstream Soul Singer..

M. Nasir, Sifu Industri Muzik Tanah Air, aku paling suka lagu Bonda dengan Suatu Masa

Siti Nurhaliza..Walaupun aku tak berkenan dengan lelakinya dan albumnya yang terbaru..


Clarinet..My instrument in Wind Orchestra

Orchestral Pieces especially from Tokyo Kosei Wind Orchestra dan Dallas Wind Symphony

Itu saja yang aku nak bagitahu setakat ini..itu sahaja..Assalamualaikum..

Wednesday, May 27, 2009

How I Miss Myself in My School!!

I'm still missin,', I'm still missin' me!!! Huhu, ingat yer, mesti nyanyi dengan rhythm Missing You dari Stacie Oricco...ini post aku yang pertama mengenai diri aku di sekolah, siapa yang tak kenal aku di sekolah, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah...Haha, me as the Mr. Paparazzi, alah banyak orang kenallah sapa aku neh...


Rindunya aku dengan pintu masuk sekolah aku...huhu, petang-petang mesti ada beruk yang berkeliaran dengan tukang belanya yang merupakan kakitangan SERATAS.....

Haha, memang agak rindu dengan sekolah aku, tapi minggu lepas aku dah balik sekolah, tolong budak-budak bahas Bahasa Melayu yang akan bertanding di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, dan aku akan menyusul mereka hari Sabtu neh...

Apa lagi yang aku rindu di sekolah, yess!!! My Clarinet....Oh, aku sangat rindukan Klarinet aku yang aku main dalam pasukan Wind Orchestra yang aku sertai waktu tingkatan 5...First, aku main model Bundy, susah jugak sampai aku nak give-up jugak la main clarinet, tapi lama-lama lepas berlatih dengan Principal section aku a. k. a. Kawan baik aku, Fadhi Hatchoi...akhirnya dapat la aku develop bunyi aku neh...lepas tu klarinet baru sampai, dan jeng jeng jeng...aku dapat main clarinet model Yamaha dan bolehlah aku main dengan agak baik, dan aku dah rancang nak beli my own clarinet hujung tahun neh...sangat-sangat best..huhu...


Oh, how I miss my Clarinet..huhu.....

And,


Haha, this is my picture with my section and my school's orchestra....Me (2nd to the right of the fan)

Apa lagi yang membuatkan aku sangat merindui suasana sekolah, mestilah kawan-kawan baik aku dan kami ada kumpulan kami sendiri, kumpulan pecah masuk bilik-bilik awam, huhu....ini gambar-gambar kami waktu sebelum SPM, nak tengok???? Kumpulan aku namanya CHAMBERING huhu, tapi bukan latihan dalam kamar untuk peguam yer, tapi untuk suka-suka jerk...kami selalu jugakla jadi bahan mulut orang tapi akhirnya kita orang semua dah tak kisah dan dah lali...Alih-alih kita orang boleh ketepikan budak-budak lain dalam basketball ker, pernah sekali kami kalahkan pasukan budak form berapa entah, 75-8, tapi semua tu dah berlalu pergi memandangkan semua dah ikut haluan masing-masing....

Kalau nak tahu geng-geng kami neh, marilah...


Dari kiri,

Amy a.k.a Amirul (Orang panggil 'Sotong Kering Bergula')- Masuk Kolej Matrikulasi Kedah
Usop a.k.a Yusof (Ada orang panggil 'Native')-Masuk Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
Zubir a.k.a Zulkifli (Ada orang panggil 'Si Bibir')-Masuk Kolej Matrikulasi Perlis
Koyop a.k.a Aleiff (Ada orang panggil aku 'Kelam')- Biasiswa Perubatan JPA
Hatchoi a.k.a. Fadhi (Ada orang panggil 'Penari')- Sama gak, tunggu Biasiwa Perubatan JPA
Shagi a.k.a. Shafiq (ada orang panggil 'Z')-Masuk Asasi Undang-undang UiTM

Huhu, seronok sungguh kenangan ketika di sekolah, susah mahu lupakan, aku sangat rindukan kawan-kawan, junior, kerani-kerani, mak cik kantin, sebahagian cikgu (yang sebahagian lagi aku tak suka!!!) dan keadaan asrama..sangat seronok, kalau sudah masuk universiti sangat susah untuk kembali ke sekolah, harap-harap Allah s.w.t kurniakan aku umur yang panjang dan kesihatan yang berkekalan agar aku dapat berbakti kepada alma mater aku....Amin

Assalamualaikum....


Owh, how is JPA being so fussy and dumb?????

Hari nih, baru aku dapat laptop dan PC yang aku hantar untuk diformat, sangat pening kepala kerana JPA masih tak hantar surat tawaran, amatlah menyakitkan hati kerana aku dah tolak tawaran daripada Kolej Matrikulasi, Universiti Malaya, Program Guru Biologi (yang akan wat f0undation kat Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin!!! bersama kawan baik aku, Bob), huhu, semata-mata nak jadi doktor bawah tajaan JPA, sanggup aku lepaskan semua tawaran engineering baik dari MARA, Petronas, TNB, Yayasan TM dan lain-lain..aku nak jadi doktor!!!! Cepatlah JPA janganlah lembab sangat wat kerja...pening aa kepala, orang lain semua dah masuk universiti, kita jer yang asyik nak menunggu tawaran..malaslah nak menunggu dan melihat muka-muka bangang di SMK S.A. yang bajet bagus...baik aku tolong sekolah aku, lagi best, oh, aku nak bagitahu yang aku nak ke Sekolah Seri Puteri Cyberjaya bersama-sama kawan aku yang lain...

Woi, jangan la lembap sangat buat kerja...orang nak masuk universiti la weyh!!!!!!!!!!

P/S: Tak sabar nak pergi Cyberjaya, SSP here I come!!!!!

Monday, May 11, 2009

Sangat Happy..

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin kembali ditabalkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah, huhu..seronoknya aku, dan langkah yang paling baik dilakukan oleh Datuk Seri bagi memastikan semangat politik budiman ialah dengan dengan memohon perkenan Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak Darul Ridzuan sekaligus menghargai entiti sebenar iaitu rakyat yang berkuasa dalam kelompok DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN, Syukur..Moga-moga Perak Darul Ridzuan tidak akan berkecamuk lagi...




Aku kagum dan tertarik dengan perwatakan Datuk Seri ketika beliau menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang sekolah aku yang ketika itu dirasmikan oleh Paduka Sultan, Datuk Seri seorang yang amat bijak, very PROFESSIONAL-looking, dan amat jernih perawakannya..Alhamdulillah, Perak Darul Ridzuan kembali ke tangan pembangkang, dan lepas aku tengok Blog Malaysiakini, yang seorang individu yang bertanggungjawab atas kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tempoh hari, menggesa rakyat agar bertenang dan tidak terlalu gembira, helo..rakyat tak mahukan anda lagi..kenapa? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong ker?????????

Assalamualaikum...

Sunday, May 10, 2009

I'm gonna stop blogging for a while..SORRY!!!!

To all of my blogs' followers, I'm gonna stop blogging for a while..I have to look after my grandmother who is currently ill because of faux prescription intake, then, it's like my internship year (kononnya!!!!)....huhu, my grandmother previously had had congestive heart failure, but now she is lacking of potassium (K) and sodium (Na) in her blood which makes her unnecessarily and temporarily hallucinated..Ok, I have to go..Bye~

Assalamualaikum....

Friday, May 8, 2009

Sudah dapat tawaran biasiswa JPA...

Huhu..inilah luahan gembira selepas rasa kecewa...YES, akhirnya aku sudah dapat tawaran biasiswa persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan...huhu, bangganya aku..Yang seronoknya kawan baik aku dari Sekolah Menengah Sains Tun Syed Syeikh Shahabuddin (SOKSEK), Bob, pun berjaya dapat tawaran biasiswa luar negara, seronoknya..huhu sudah ada geng...aku sudah tidak sabar nak masuk kolej untuk buat persediaan, dan akhirnya jadi doktor, lepas tu strive untuk jadi paeditrician.....

KEPUTUSAN PERMOHONAN BIASISWA PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) 2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Nombor MyKad 91030408****
Nama Penuh MUHAMAD ALEIFF BIN TAJUDDIN
Kursus PERUBATAN
Negara TIADA
Status BERJAYA
Jawapan TERIMA

Sukacita dimaklumkan bahawa saudari / saudari telah berjaya dipilih dan ditawarkan Biasiswa Persekutuan di bawah Program Ijazah Luar Negara 2009

Surat tawaran rasmi akan dihantar kepada saudara / saudari melalui pos setelah jabatan ini menerima pengesahan penerimaan tawaran daripada saudara / saudari.

Sila klik butang 'Terima Tawaran' sekiranya saudara / saudari menerima tawaran atau klik pada butang 'Tolak Tawaran' sekiranya saudara / saudari menolak tawaran. Sila sahkan penerimaan / penolakan sebelum 11 Mei 2009.


Akhirnya, aku akan jadi doktor..huhu..tak sabar rasanya...pada kwan-kawan yang tak dapat biasiswa JPA, jangan takut, korang boleh buat rayuan...yang dapat biasiswa dalam negara pun syabas diucapkan, marilah kita jadikan Malaysia, negara yang penuh dengan golongan profesional...sampai sini saja, daaa~

Assalamualaikum.....

Adakah JPA sangat bodoh dan lembab????

Assalamualaikum, hari ini post aku sangat simple dan straigt-to-the-head, helo, dah tau nak keluar keputusan biasiswa bagitahu elok-eloklah, takkan nak buat pengumuman serkap jarang dan menyakitkan hati orang...buatlah pengumuman biarlah dah muktamad, dan tak membazir duit budak-budak dan mak bapak, tambah-tambah yang kena menghabiskan duit pergi buat semakan kat cybercafe, helo, ingat depa yang pergi cybercafe tu bayar dengan taik hidung ker??? Susah betul kalau buat kerja cincai-cincai, nak melahirkan golongan profesional berminda kelas pertama, tapi orang yang mentadbir pun cam hampeh...Tolonglah, buat kerja elok-elok, jangan buat kami tertunggu-tunggu....


Oh, aku sudah jadi bingung dan kebodohan yang amat sangat....

Tolong aku..Aku dah jadi semakin bingung atau aku dah dibingungkan oleh JPA??? Tak taulah..bingung..ARGHHHHH!!!!!!!!

Assalamualaikum....

Wednesday, May 6, 2009

Sudah Takdir..

Semalam aku ambil kad pengenalan aku yang sepatutnya diambil sebulan lepas di JPN Perak yang jauhnya dari rumah aku agak-agaknya 12 KM..Then, aku terus stesen bas Medan Kidd memandangkan Ijat dan Hapis si Krabbie nak ambil aku kat sane pukul 12.00 tengah hari..Waktu aku call depa kata ada kat Seri Iskandar then rupa-rupanya depa ada kat Kampung Gajah, takperlah..aku pun naik bas ke Jaya Jusco kerna kat situ sudah ada Wunan ngan Ajib yang tak tinggi-tinggi lagi menunggu lepas tengok citer X-Men Origins..huhu, aku rasa malas nak tengoklah apa-apa wayang, pasal takder langsung citer yang menarik pada pandangan akulah..Jadi senang citer, aku pun berjalan-jalan dalam JJ sambil berusaha nak beli collection buku-buku baru aku neh (kalau kawan-kawan baik aku mesti tau kan apa koleksi buku tuh..haha!!), abih citer, akhirnya Wunan bagitahu aku yang dia dapat tajaan TNB ke Kanada..huhu, rezeki si0t, Ijat pun nak ke USA bulan 6 neh atas tajaan JPA..tahniah, oh lupa kawan aku yang selalu aku buli dan aku tarik hidungnya, Muhammad Husaini pun berjaya dapat tajaan TNB ke New Zealand, congratz bro..aku jerk tak lepas lagi..takper, sudah takdir, jangan lupakan aku kalu korang semua dah jadi jurutera berjaya, hmm....aku pulak Insya-Allah akan jadi doktor, jangan lupakan aku nanti taw...Jadik, alkisahnya, aku pun ikut Wunan survey baju sejuk kat Universal Traveller..saja nak menyibuk, tapi aku nak kena bersedialah kalau aku pun kena ke luar negara..Macamlah confirm sangat huhu...

Inilah the Universal Traveller Malaysia..Mahal tapi berbaloi!!!!

Tau tak, baju-baju sejuk kat sana mengikut musim menjangkau RM1000++ meliputi jumper, scarf, gloves, sweater dan sebagainya..Aiyoh..Pehen kepala aku (Slang orang Parit!!!), nantilah, aku pun tak tau lagi, nasib baik la aku ada insurans pelajaran..adalah peruntukan lebih RM5000..itupun tak tau cukup atau tak..tak pasti lagi...Ok, chiaoo dulu..bye!!!!

Assalamualaikum...

P/s: Moralnya mesti ada insurans atau bantuan kewangan kalau nak belajar luar negeri, kalau tak botak mak bapak korang!!!!

Monday, May 4, 2009

Matr8 or PASUM..

Aku sudah buntu la..waktu akhir bulan April sudah dapat tawaran pergi Kolej Matrikulasi Penang, senang sikit, dekat dengan rumah sepupu aku, Kak Yah selain satu kolej dengan anak saudara aku, Shazwi, and then tiba-tiba, when the university calling out, ouchhhh...I got Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, dan itu membuatkan aku sangat buntu..huhu, next pagi-pagi buta tadi aku dapat mesej dari UEM suruh aku datang interview lusa dekat bangunan UEM kat Kuala Lumpur, ambil bidang Bio-medical Sciences..nak pergi ke tak??? Macam tak nak pergi jer...tengoklah macam mana, rasanya aku nak pikir lepas tumbuk makanan kucing dulu...apa pandangan korang??? Sebenarnya, aku bukan nak bangga diri with my result 11A's dan 1C, aku rasa aku boleh jadi doktor melalui biasiswa JPA, huhu..siapa tahu??? Sebenarnya, aku buntu kerana ini adalah my back-up plan, kalau tak aku lebih selesa nak jadi doktor ke luar negara atau jadi cikgu melalui Program Pelajar Cemerlang (PPC) tajaan Bahagian Pendidikan Guru..Nilah semakan aku untuk Program Matrikulasi dan Universiti..

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
Sesi Akademik 2009/2010

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD : 91030408****
NAMA : MUHAMAD ALEIFF BIN TAJUDDIN


TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


KOD PROGRAM : M0010

NAMA PROGRAM : ASASI SAINS HAYAT

IPTA : UNIVERSITI MALAYA (UM)

URL SURAT TAWARAN : http://www.um.edu.my/kemasukan

Ini keputusan upu..nak pergi ke tak??????


Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nama: MUHAMAD ALEIFF B TAJUDDIN
No Kad Pengenalan: 91030408****
Program Pengajian : PROGRAM SATU TAHUN
Kursus: M001-SAINS
Nama kolej: 13-KOLEJ MATRIKULASI P.PINANG (KMPP)
Tarikh Mendaftar: 11 MEI 2009

Ini program matrikulasi...Nak pergi ke tak?? Aku pun tak pasti....

Hah, susahlah nak buat keputusan!!! Yang pasti, kena buat solat Istikharah dulu..kerna semua keputusan itu berbalik kepada Allah s.w.t, dan segala yang kembali pun daripada Allah s.w.t..Amin-amin Ya Rabbal 'Alamin...

Assalamualaikum...