Mintak maaf kerana lama tak hantar post, bukan apa, internet connection sudah breakdown, membuatkan aku sangat-sangat menyampah nak surf internet, ok, ada komen suruh aku siapkan Experience with BPG neh tapi aku sekarang agak sibuk di rumah, udah jadi bibik menyebabkan aku tak ada masa nak update blog aku neh..ok, sambung cerita kita, occay..
Macam biasa, ada komen yang musykil dengan aku mengenai subjek apa yang aku ambil untuk interview neh, mestilah biology, selain daripada chemistry, these subjects bring me to life..huhu, semua orang tahu, aku neh kat sekolah, macam pak sibuk la jugak, but aku memang suka mengajar orang, that's my passion..kalau aku tak dapat jadi doktor, aku akan berusaha untuk jadi cikgu pulak..haha..jadi, mari aku ceritakan bagaimana pengalaman aku ditemuduga oleh interviewer, yang amatlah not up to standard berbanding dengan panel JPA, panel lain aku tak tahu memandangkan aku tak nak pergi, huhu bye-bye TNB dan PETRONAS..
Sampainya aku di Terminal Bas Sungai Nibong, aku diambil oleh abang dan kakak saudara aku ke rumah mereka di Markas Tentera Sungai Ara, memandangkan pukul 7.30 pagi, aku kena sampai di Institut Perguruan Malaysia Kampus Pulau Pinang, Bukit Chombee (Ada kawan aku cakap dekat Mengkuang, itu Institut Perguruan Malaysia Kampus Butterworth), geram-segeramnya aku dalam kereta mengingatkan betapa bodohnya kementerian yang menguruskan kemasukan guru neh (Paham-paham sendirilah..)..bayangkan rumah aku dengan Institut Perguruan Malaysia Kampus Ipoh begitu dekat dengan rumah aku, jaraknya tak sampai 500 meter dari rumah aku..tak mengapalah, mungkin ada hikmah kot? Siapa yang tahu kan..
Bangkit pagi-pagi, aku bersiap dan pergi ke RECSAM dan sampai tepat pukul 7.29 pagi dan sampai di blok akademik dan menyedari baru aku dengan a chinese girl and her mother sampai kat situ, aku tengok nama kau dan rasa-rasa nak 'melabur' la pulak..cari-cari tandas kat situ, semuanya tak ada bekalan air..(sedihnya aku), kerana tidak tertahan-tahan, aku berlari ke surau IPG tu dan buang air kat situ..
Naik balik blok akademik, aku tengok jam sudah pukul 8.00 pagi, aku tengok ada budak perempuan melayu baru sampai dari Taiping, dan tiada tanda-tanda kehadiran penemuduga, menyebabkan bapa that chinese girl mengamuk, yelah..sapa tak hangin satu badan, bila sudah menyusahkan orang lain..betul tak? Budak cina or Vivian (namanya yang sebenar..) itu datangnya dari Bidor, sampai di Penang pukul 2.00 pagi dari kem PLKN di Tapah, what a pity???? Then, macam biasa, pukul 8.30 pagi baru tersembul muka 2 penemuduga, a chinese man and a malay woman, dan barulah nak start sesi temuduga selepas lebih 1 jam kami tiga orang calon nie tunggu..what a mess!!!
Baru aku taw, lepas sesi mengemaskan dokumen..huhuhu!!! Aku terlupa bawak gambar berukuran pasport, mau tak gelabah aku..nasib baik, sebelah IPG Penang ada kedai gambar, sempatlah lepas interview tu aku ambil gambar...
Ok, cerita waktu dalam bilik interview, di luar sangat panas, tapi di dalam bilik sangat sejuk..very cold situation with butterfly in my tummy...first session buat Ujian INSAK sama ada aku layak jadi cikgu atau tak..lepas tu, aku dan budak perempuan berdua tu ditemuduga dalam sesi pengenalan diri..fully in english the, sesi kedua, sesi terbuka mengenai ICT in education in terms of PPSMI, aku asyik kena tembak jerk..malas betul aku...nasib baiklah aku boleh jawab dengan tenang...then, sesi kedua bagaimana nak memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar..aku kena lagi!!! Takpelah, aku cakaplah mengenai kuiz perdana, kuiz sejarah dan sebagainya..berpeluh jugaklah nak menjawab soalan-soalan tu pasal interviewer tu langsung tak nak buat link, tu yang membuatkan kami rasa kurang selesa..
Oklah, saja nak bagitahu mengenai temuduga aku dengan BPG..Syiok!! Ada la kot, pasal aku dapat beli jeruk yang menghanguskan duit bapak aku lebih RM100..huhu, dahsyat tak taste aku kalu korang nak tahu, baiklah, aku dapat Kolej Matrikulasi Penang sementara nak menunggu keputusan JPA dan BPG neh...Siap ko Bor!! Belanja aku waktu aku dekat Penang nanti....hahaha, then, aku dah kata aku pergi Pahang dan mungkin plan nak pergi UIA untuk tengok Interschool Debating Championship (IDC '09) tapi tak jadilah..haha, takper budak debater SERATAS, berjuang dalam grup M di PPM di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya nanti..pastikan sekurang-kurangnya dapat masuk quarterfinal 1, ok..chiaoo....
Jalan-jalan nak ke Kuantan, Pahang Darul Makmur...huhu....
Assalamualaikum....
Tuesday, April 14, 2009
Experience With BPG 2..(And I'm off to Pahang too..)
Posted by aleiff al-koyop.blogspot.com at 9:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wohh..at last dpt gak bce..
hahaha..
dowh korg rr 3 org yg dmksdkn intvwr tuh...
u know what intvwr 2 siap ckp niage bgs ngan korg..
hahaha..
what do you mean niage bgs ngan korg 2h...
uhh..
diorg ske ble x rmai org nk d intvw..
owh..ok...
Post a Comment