BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 3, 2009

Pengalaman masa Interview JPA 2..

Berbalik kepada post aku yang dulu..aku akan teruskan apa yang aku nak luahkan kat siapa yang nak membaca blog aku nih..kalu sudi la yek..pengalaman interview takdelah sesuatu yang scary macam kebanyakan orang cakap..ok jek, itupun kalu korang boleh kawal emosi korang waktu bercakap dengan panel, aku teringat apa yang mak bapak aku cakap, pak cik dan mak cik aku, kawan-kawan aku, dan ramai lagi, pesanan sangat-sangat berharga, golden grimes before your initial death..haha..iyerlah sampai satu tahap, jika korang tak boleh kawal perasaan korang, korang boleh jadi tersangatlah gugup sampai tak boleh bercakap, breakdown tengah jalan, terlalu lantang..macam-macam lagilah kerana korang akan berusaha sedaya-upaya untuk handle your own adrenaline rush..you can google it if you want (Pinjam kata-kata Edward Cullen!!)..begin the new chapter..

"OH MY GOD!!"

Kenapa aku cakap sedemikian? Ok, dalam keadaan gementar bersama-sama 4 orang yang lain..aku terlopong kat situ memandang Husna yang terblank di atas anak tangga. cuba teka apa yang aku nampak? KETUA PANEL la..Sapa lagi? Perut aku yang lapar, tak boleh makan kerana makanan yang aku telan semuanya ibarat macam pasir, pasal itulah berat badan aku sangat-sangat ringan..menjadi begitu berdebuk-debak like orang putih cakap..Butterfly in your tummy..macam itulah keadaannya..korang boleh bayangkan tak??? Kalau tak boleh takper..aku paham..

Oklah, aku dan yang lain turun dan aku berada di belakang sekali mendoakan agar aku dapat menjawab soalan dengan begitu tenang sekali tanpa ada sebarang kekalutan, di samping aku beritahu Husna itulah ketua panel, tapi Una tak dengar kerana dia pun nervous dan sejuk..yelah, saper tak sejuk? Dalam Auditorium yang air-condnyer dipasang ke full speed membuatkan tangan aku berpeluh, dan aku rasa semacam lembap, maksud aku, peluh yang disebabkan oleh simptom hyperhydrosis membuatkan aku rasa tak selesa..takper, aku akan buat yang terbaik..

Then, duduk di hadapan panel..yah, dua orang lelaki dan seorang perempuan, dua orang dari JPA dan ketua panel, Dr. Rahimi bin Goon, membuatkan lidah rasa terkelu sikit..takper la, buat yang terbaik, Aleiff!! Ini peluang besar untuk diri kau!! (Doa aku dalam hati la neh..)..sebenarnya sebelum kami duduk tu, budak cina lelaki yang satu sesi dengan aku nie mentelaah giler-giler dengan teks pengucapan awam yang dimuat turun dari internet ..pada aku mungkin agak melucukan, tapi baru aku faham, dye tak berapa fasih berbahasa Melayu jadik dye hafal sikit-sikit dari teks tu waktu kat luar Auditorium..ok!! Selepas tu, this chinese boy terus meluru ke arah panel waktu kami masuk ke dalam Auditorium untuk tujuan bersalam dengan semua panel dan bertanyakan gelaran apa yang boleh dia panggil kepada panel-panel ketika proses temuduga dijalankan, aku pun ikut la bersalam jugak dengan Una salam panel perempuan, aku salam dengan panel lelaki jek..kami diarahkan duduk dan panel no. 2 (Dia nih berbangsa India..aku dapat cam waktu aku dengar accent dye waktu dye cakap bahasa Inggeris, orang JPA agaknya..), mulakan sesi no. 1, pada waktu nie kami kena perkenalkan diri seorang demi seorang mengikut no. tag yang kami pakai..

"Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada kamu semua yang berjaya ke proses temuduga bagi mendapatkan biasiswa JPA, baiklah kita mulakan sesi no. 1, iaitu sesi pengenalan diri, sila gunakan bahasa Melayu ketika memperkenalkan diri.."


Jadi, kitorang mula dengan sesi nie, macam biasa memperkenalkan diri sendiri, mesti gunakan bahasa Ibunda Malaysia, iaitu Bahasa Melayu, takdelah susah sangat kerana aku boleh memperkenalkan diri dengan menggunakan perkataan yang tepat dan mudah difahami berbanding ketika berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris..

Aspek-aspek yang perlu kami terangkan ialah:
  1. Nama
  2. Asal
  3. Nama Sekolah
  4. Latar Belakang Keluarga
  5. Kegiatan Kokurikulum yang Diceburi di Sekolah
  6. Bidang yang dimohon
  7. Sebab mengapa memohon jurusan berkenaan
Senang cerita la, macam nie keadaan kami terangkan diri mengikut giliran, kemungkinan ada yang diubah tanpa sengaja kerana yalah telinga aku nie p0wn bukan boleh dengar dengan baik p0wn..

Pemohon No. 1: Asal dari Taiping, bersekolah di SMJK (C) Hua Lian, latar belakang keluarga dia nie ceritakan ialah bapanya dah tua dan perlu bersara kerana berusia 57 tahun, pekerjaan bapa dia ialah ahli perniagaan, mengambil bidang farmasi, no. 5 tidak dinyatakan secara terperinci, sebab memohon bidang farmasi kerana ingin mengubati mereka yang sakit

Pemohon No. 2: Asal dari Teluk Intan, bersekolah di Teluk Intan, latar belakang yang dia nie ceritakan ialah dia ada keluarga yang tipikal, tapi dia tak mahu susahkan keluarga dia, bidang kokurikulum yang diceburi ialah menjadi ketua kelas, menolong cikgu memberi arahan kepada pelajar, bidang yang ingin diceburi ialah bidang pergigian, sebab memohon bidang ini kerana dia sudah jatuh cinta dengan mata pelajaran kimia

Pemohon No. 3: Asal dari Ipoh, bersekolah di SMJK (C) Ave Maria Convent, latar belakang keluarga yang dia terangkan ialah beliau berasal dari keluarga yang miskin di mana pengurusan keluarganya juga adalah miskin, bapanya seorang kuat berjudi, minum arak dan seorang perokok tegar, bapanya selalu bergaduh dengan ibunya, bapanya hampir bersara dan dia ada 2 orang adik yang masih bersekolah. Dia mahu bawa keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan dan tak mahu bebankan keluarganya, kegiatan kokurikulum yang diceburi pun tak diberitahu, bidang yang ingin diambil ialah perubatan kerana dia mahu tolong emaknya yang sakit

Pemohon No. 4 (Aku la!!): Asal dari Ipoh (Ipoh Mali tadak sombong maa..), bersekolah di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, latar belakang keluarga yang aku sampaikan ialah pekerjaan bapa aku ialah pesara dan emak aku ialah suri rumah tangga, semua adik-beradik aku semuanya berada di universiti. Kegiatan kokurikulum yang diceburi di sekolah ialah perbahasan, Wind Orchestra, dan Guru Muda Biologi. Aku ambil bidang perubatan kerana aku nak orang lihat aku nie berbaloi untuk menolong masyarakat dan aku suka tolong orang lain. Aku juga cakap yang aku amat berminat dalam bidang perubatan kerana mendapat inspirasi dari Ibnu Sina dan Ibnu Nafis

Pemohon No. 5 (Una): Asal dari Taiping, bersekolah di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, latar belakang keluarga yang diceritakan, bapa seorang pegawai kesihatan, ibu seorang penolong pegawai pertanian, ada dua orang adik. Kegiatan kokurikulum di sekolah ialah ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Naib Presiden Kelab Badminton. Ambil bidang perubatan kerana diinspirasikan dari mak ciknya yang bekerja sebagai Radiologist dan Ophtalmologist. Nak tolong emaknya kerana emaknya agak berpenyakit.

Waktu sesi nie habis aku tengok jam, masa baru 10 minit berlalu dengan mulut ketua panel yang tak lekang dari kertas soalan dan matanya yang melilau melihat respon kami, sama ada berlakunya isyarat-isyarat ganjil seperti berpeluk tubuh, bersilang kaki dan sebagainya.

Baiklah, aku akan sambung pengalaman waktu aku diinterview oleh JPA dalam waktu yang terdekat nie, Assalamualaikum..

6 comments:

Seema_Suraya said...

salam..best la bace pgalaman ko n yg laen2 tntg jpa..
aku x layak pun p oversea..hehe..
gud luck utk ko k..
aku r shima ank murid ckgu koh..
klo tak kenal x pela..
ntoh camane lei terjmpe blog ko ni aku pun tak tau..
hihi..

aleiff al-koyop.blogspot.com said...
This comment has been removed by the author.
aleiff al-koyop.blogspot.com said...

owh, shima..sori, tak berapa perasan..aku dah dapat interview cikgu 2..tapi pgi penang..

Seema_Suraya said...

o i c..aku x dapat..tunggu 15/4 nie baru tau la..
ko sebenarnye nak jdi cikg ke doctor ni??
pening2..hehe..

Seema_Suraya said...

ko post la comment kat blog aku jugak ey..
welcome2..sile2..........

aleiff al-koyop.blogspot.com said...

aku nak jadi dua2..haha, basically passion aku nak jadi cikgu, tapi aku rasa doktor lagi best, challenging ckit..