Ini mungkin yang terakhir bagi siri interview bersama JPA, haha..macam citer nih hot sangat jek..takdalah, biasak ja..ok, kiter sambung apa yang aku nak ceritakan, keadaan dalam Auditorium sangat sejuk tapi lepas sesi memperkenalkan diri, bahang di dalamnyer saja nak udah macam HELL, meng-HIPERBOLA-kan keadaan, yelah..esok aku nak bertolak ke Penang utk sesi interview bersama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pulak, aku sebelum nak tulis post nih, aku ke rumah mak cik aku kat Tambun untuk mintak sahkan dokumen-dokumen yang perlu aku bawak pada esok hari..yelah, interview pukul 8.00 pagi tapi mesti ada dekat Institut Perguruan Kampus Pulau Pinang, Bukit Chombee pada 7.30 pagi, pelik btoi aku!!! Cukup kuat pengaruh Mami Jarum di Pulau Pinang nih yerk...
Enough la wei..ok, at serious note, aku cakap pengalaman interview kali ke-3 (selepas MARA dan MMU) amat menyeronokkan, walaupun korang akan di-challenge oleh panel korang secara analitikal dan emosional, korang kena handle dengan sebaik-baiknya..macam aku, aku tak kata aku pro, tapi aku hanya bersemangat dan cuba buat yang terbaik, sampai ada orang kata aku punya semangat tempias kat dier (Btoi tak Bor..haha!!), haha, but my passion is to help others la..so, at this point, aku rasa hidup aku dalam fasa "big transition to know better of who I am"..mengikut pandangan zodiak yang cukup khurafat menyatakan aku dalam keadaan dilema (Btoi jugak tu..), tetapi aku cukup bernasib baik kerana aku dapat banyak pilihan..tapi aku hanya bergantung kepada Qada' dan Qadar Allah s.w.t sahaja..korang terutamanya yang perempuan tu jangan suka dok melayan zodiak-zodiak tu, haram tau..44 hari ibadah kita Allah s.w.t tak terima..fikir-fikir sendiri la, korang dah besar, yang boleh membuat fikiran ialah akal dan kemahuan korang la...let's the roll started..
Mami Jarum: Chombee, helo, Chombee..
Entah Siapa di Telefon: @$#$@#%#..
Mami Jarum: Apa..pi market? Amboi awainya pi..takpa!!
Jadi, pembaca semua..lepas habis sesi 1 yang telah aku ceritakan yang banyak mengundang senyuman dan ketawa yang kecil dari panel-panel, kami beralih kepada sesi no. 2, yang ini agak spontan jadi aku hanya boleh bagi pandangan aku la..jadi, tak dapatlah aku bagitau secara detail, apa yang budak-budak lain cakap kecuali Una..itupun aku tak baper sure sangat..jadi korang nak tau apa tajuk dier?? Yang ini dikendalikan oleh ketua panel, Dr. Rahimi bin Goon..
"Kita beralih kepada sesi seterusnya..bagi sesi ini, anda dikehendaki untuk berinteraksi dalam bahasa Inggeris, soalannya, 'Television Programmes Curtail the Creativity of Children'. Discuss it in one minute! (Discuss apa kebendanya..kena pikir sengsorang la jawabnya!!).."Ok, memandangkan semua orang blank (nervous la, beb!!) waktu itu..then, ketua panel ulang balik selepas budak cina lelaki dari Teluk Intan mintak ulang balik soalan..
"Television Programmes Curtail the Creativity of Children. Agree or Disagree (Udah macam Deal or No Deal la plak!!), discuss.."Baiklah, baru aku dan budak-budak lain paham..mata sumer orang melilau melihat siapa yang akan mulakan dulu? Tik..Tik..Tik, jam tangan aku berbunyi..terpaksalah aku memulakan bicara dan yang lain lega, sebab depa boleh link dengan apa yang aku cakapkan, tapi aku boleh dapat advantage la..tak tau lagila..but, senang la jugak sesi nih, kerana aku boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, jadik yang akan membezakan aku dengan orang-orang lain ialah kredibiliti dan keyakinan aku..Ini penjelasan aku..
"I would see this topics clearly on two sides, pros and cons, but I would like to elaborate more to cons way, no, I think television programmes DO NOT curtail the creativity of the children, because it is their childhood, their nature, but the parents should have more priority to educate and shape their children's creativity, like most of the girls, they might watch Cinderella (Camner la aku boleh tercakap Cinderella, sedangkan aku nak cakap pasal Power Rangers neh..hehe!!), they might believe it's about happy ending and somebody called it as stereotype fairy-tale ending, in this world, reality, the parents should be at the back, so when, the children ask some questions, we can educate them simultaneously..yah, maybe, in this world, no such word as fairy-tale ending because in this reality world, it lives up with full of emotions, not happiness throughout the journey of our lives, they might have sadness, grieving, nervous and others.."
Habis la penjelasan yang aku bawak, jadi aku sempat la menyampuk apa-apa yang budak lain cakap, macam Una, dia cakap pasal supervision from the parents is important, then, pemohon no. 3 kata pasal kreativiti budak-budak tak disekat oleh program televisyen memandangkan zaman panel dulu (beraninyer dier neh..) dengan sekarang tak sama, dulu budak-budak main congkak, layang-layang, apa-apa lagi lah..pemohon no. 2 cakap pasal controlling the children technically, yang no. 1 nih terkelu sekejap tapi dia cakap memang program TV mengurangkan kreativiti budak-budak kalau tak dikawal, tapi kalau dikawal macam TV tu hanya digunakan sebagai satu bahan yang bukan keutamaan jadi taklah membawa apa-apa masalah..selepas itu, soalan link dari panel no. 2..
"Ok, (Sambil pandang Una..), when you said about the priority to the parents and supervision, how do you, as a parent, control or curb your children from seeing too much television, because we have so many channel addition to ASTRO channel, so how do you like to control this issue?"Then, Una cakap pasal kawal secara fizikal macam ASTRO, kita boleh lock certain programmes, jadi budak-budak tak akan dapat menonton siaran khas untuk orang dewasa..tapi apa aku nak cakap yang perbincangan ini banyak didominasi oleh aku dan Una la..ok, penjelasan aku..
"At this point, we must inculcate noble values among our kids, maybe they might be curious, but the parents must be open-minded, how? We must educate them properly, getting them to know better about the codes in TV programmes such as 18PL, 18 SX, PG-13 or G, so they can understand, Controlling th times they watch on TV, but in my house, we didn't watch TV very much because no one is there and I tend more into novels (Yela, aku minat novel tapi bukan novel BM macam Ilon, tapi aku lebih suka pada novel BI) so, the point is the parents must educate and the children think, the parents should teach them and don't treat them harshly like in Malays, 'Jangan buat itu, Jangan buat ini'..so treat the children properly because they are the beautiful gift from god.."
Aku tak berapa concern pasal apa lagi budak bertiga tu bercakap pasal aku nak tau apa lagi soalan yang bakal ditanya, lepas itu ada beberapa soalan minor mengenai kesanggupan kita untuk kerja long hours, sanggupkah kitorang nak ikut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu kita tak boleh rawat ahli keluarga kita dan banyak lagilah..jadi pada sesi no. 2 neh, kami dapat kesimpulan yang program televisyen tak mengganggu kreativiti kanak-kanak tetapi penggunaan televisyen perlulah dikawal sepenuhnya, jadi kami beralih kepada sesi no. 3 yang soalannya dibacakan oleh ketua panel..kami perlu berkomunikasi dalam bahasa Melayu, woit, best giler..
"Obesiti di Malaysia menjadi masalah kesihatan utama di Malaysia. Bincangkan.."Semua panel memandang Una dan Una pun bercakap mengenai kurikulum seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Malaysia yang tidak banyak menitikberatkan mengenai pendidikan pemakanan, dan lebih kepada aktiviti fizikal seperti badminton dan bola sepak yang begitu aku setuju..Congratz Una..then, panel no. 2 bukak link kepada soalan nih (banyak betul soalan dari panel nih..)..dengar soalan ini yer..
"Jadi adakah anda mengatakan yang taraf hidup yang lebih baik dan kurikulum sekarang tidak memberi banyak pengetahuan mengenai pemakanan dan menyumbang kepada masalah obesiti di kalangan negara membangun kerana peratusan obesiti di negara-negara membangun menjangkau kepada 30% dalam masalah kesihatan.."Yang panel nih tengok aku dan Una jek apasal? Tengok aku, then, aku kena la jawab soalan depa..
"Saya tidak bersetuju dengan pernyataan yang menyatakan taraf hidup yang lebih baik menyumbang kepada masalah obesiti kerana taraf hidup yang lebih baik menyebabkan masyarakat lebih berpeluang untuk mendapatkan taraf kesihatan yang lebih baik, di mana mereka berpeluang untuk membeli peralatan kesihatan, makanan kesihatan seperti multivitamin (Yang sangat-sangat dipuja oleh seorang Pengetua di sebuah sekolah di Perak Darul Ridzuan..), tetapi saya sangat bersetuju mengenai kekurangan pengetahuan dan pendidikan tentang pemakanan yang menyebabkan kepada obesiti, seperti persepsi kebanyakan ibu bapa di Malaysia, apabila permulaan fasa kanak-kanak (Toddler's stage), mereka harus diberi makan secukup-cukupnya sehingga comel dan montel menyebabkan kanak-kanak ini tidak boleh meninggalkan tabiat pemakanan a[abila menjangkau fasa remaja dan seterusnya, dan seperti di sekolah saya (Sorry SERATAS, tapi Una pun bersetuju sambil mengangguk-anggukkan kepala..), kami sudah tahu jangan makan makanan yang tak sihat, berminyak dan sebagainya, tetapi apabila kami meluru ke kantin, kami akan makan nasi lemak, burger dan apabila masuk ke koperasi sekolah beli minuman berkarbonat, keseluruhannya tidak berkhasiat kepada tubuh badan manusia, kami tahu tekanan mengenai tabiat pemakanan dari sudut teoritikal tapi kami tak tahu dari sudut praktikal, justeru, kita perlu ada pendidikan kesihatan yang lebih praktikal, macam doktor (bidang yang aku pilihlah!!), mesti ada praktikal, tidak boleh statik pada sudut teori sahaja.."
Habislah hujah panjang lebar aku, yang menyebabkan panel no. 2 menanyakan soalan yang terakhir iaitu..(drum roll..),
"Adakah anda mahu ada sistem pemakanan seperti di Jepun, di mana pihak sekolah mengawal sistem diet murid-murid?"Soalan kali ini ditujukan kepada 3 orang budak cina di sebelah aku dan Una. Mereka bercakap dalam bahasa Melayu yang amat tersusun dan membuatkan aku berasa kagum, mereka bercakap mengenai kawalan pemakanan dan sebagainya..jadi kami dah dapat satu kesimpulan tabiat pemakanan dan kesedaran mengenai obesiti perlu ditingkatkan..jadi tamatlah sesi interview aku neh bersama-sama 4 orang yang lain..jadi panel-panel suruh kami bagi kata-kata terakihr, pada aku, aku amat berterima kasih kepada panel yang sudi meluangkan masa, aku berharap aku diberi peluang untuk dapat biasiswa perubatan JPA dan aku takkan sia-siakan peluang yang diberikan, kalau tak berjaya itu semua takdir tuhan dan aku bersyukur dapat dipilih ke interview itu, kerana aku boleh jadi lebih matang dan belajar untuk bersedia dalam apa jua keadaan..habislah interview aku bersama panel JPA!! Jadi aku pun bersalam dengan panel-panel lelaki dan berjalan keluar dari Auditorium ke luar..aku tengok dekat luar, kat tempat menunggu, eh, dah takde orang, tinggal 5 orang yang akan di-interview pas neh, kesian depa..seorang jer budak Melayu dari SEMESTI, perempuan, tanya aku dengan Una, senang ke tak? Kami jawab boleh la..kami tak nak bagi dia harapan..ok, kami ambil barang dan fail dokumen yang ditinggalkan di luar Auditorium dan angkat kaki nak ambil lunch la plak..hehe, lapar siot..ok, aku tinggalkan tingkat 2, MBI dengan langkah yang yakin, tapi aku sentiasa mengharapkan Qada' dan Qadar Allah s.w.t sentiasa menyebelahi aku..kepada kawan-kawan aku, doakan aku dapat jadi doktor, kalu aku jadi doktor aku boleh tolong ubati korang..haha, perasan la lu Aleiff, but, aku berdoa dapat jadi seorang doktor yang berjaya dunia dan di akirat, soleh, dapat isteri solehah dan bersopan-santun, Amin Ya Rabbal 'Alamin..
Adakah korang akan rasa macam nih waktu interview? Fikir-fikirkan sendiri....
Baiklah, kepada sumer yang sudah menghadiri temuduga JPA, selamat berjaya kepada korang, chaiyok-chaiyok la beb..yang akan pergi temuduga BPG bagi Program Pelajar Cemerlang (PPC) pun selamat berjaya, dan mereka yang menghadiri temuduga MARA pun selamat berjaya, GOOD LUCK SEMUA!! Kepada mereka yang rasa annoying dapat mesej aku tanpa berhenti-henti, aku mintak maaf, tapi kalau tak suka kata terus-terang kat aku, balas mesej tu kata tak suka diganggu dan insan bernama MUHAMAD ALEIFF akan sentiasa hormati privacy korang dan takkan ganggu korang sampai biler-biler, dan jangan panggil aku KAWAN korang lagi, fine..kepada mereka yang masih kawan aku, aku akan sentiasa doakan korang akan berjaya dalam hidup korang, tak kira apa bidang yang korang ceburi..aku tak nak rosakkan mood orang yang baca blog aku nih..aku mintak maaf sangat-sangat, cuma aku rasa kecewa dengan certain kawan aku nih, takpelah kalau korang tak nak ingat pasal aku, ALEIFF SI PENYIBUK nih, aku takkan kacau dan rosakkan hidup korang, tak payahlah aku nak concern pasal korang dah lepas neh, aku paham perasaan korang tu..aku tak boleh lama malam nih, nak bersiap, esok petang dah nak bertolak ke Penang untuk interview bersama BPG plak, seperti yang aku mention la di atas tadi..haha, aku akan ceritakan kisah aku di Penang plak yer, dan aku akan tulis post pasal buku favourite aku, apa lagi? Kalau kawan-kawan baik aku, depa dah tau..sure la TWILIGHT SAGA!! Aku akan dapatkan the Twilight Official Diary plak lepas neh di MPH bookstore..huhuhu..Okla, mata pun dah mengantuk..nak kemas barang dan nak tulis esei tentang profesion perguruan esok, malasnya..takperlah Aleiff, ko yang nak, amik jer la, jumpa lagi in near future..stay tuned!! Assalamualaikum..
2 comments:
iskh2 panjang tol story ko nie..
akutulis komen dulu r baru bace..
xpe2 nanti bile turn aku nak pi mane2 interview baru aku bace balik pgalaman ko ni k??
hihi..
ah, try la bace..aku akan post banyak lagi psl interview aku neh..
Post a Comment